Berita Harian

Piala Supermokh terbaik di Asia Tenggara

-

Kuala Lumpur: Selepas memasuki edisi keempat, Piala Supermokh layak dilabel kejohanan peringkat remaja terbaik di Asia Tenggara berikutan kejayaan menarik penyertaan beberapa pasukan terbaik dunia seperti Paris Saint-germain dan Arsenal.

Ketika mengakuiny­a, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata edisi sebelum ini juga sentiasa mendapat perhatian akademi antarabang­sa termasuk terbaru dari Aspire iaitu program pembanguna­n terbaik di Timur Tengah.

“Kejohanan ini akan diteruskan dan sentiasa menjadi penutup tirai kepada musim Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (PPBN). Saya yakin ini pelaburan terbaik walaupun sekarang ini ramai fokus kepada skuad Bawah 16 Tahun (B-16),” katanya.

Bercakap ketika hadir menyaksika­n saingan separuh akhir Piala Supermokh di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam, Khairy berkata kejohanan itu pentas terbaik untuk melihat tiga hingga empat generasi PPBN, termasuk skuad B-14 dan B12.

Program berjaya

“Melalui PPBN, kita dapat lihat program ini berjaya menghimpun­kan 20,000 pemain. Kalau dulu kita hanya mempunyai satu generasi saja, Harimau Muda yang sekarang ini menganggot­ai skuad kebangsaan.

“Bagaimanap­un, PPBN akan terus melahirkan generasi demi generasi untuk memastikan kita sentiasa melahirkan pelapis. Kita harus sentiasa cukup untuk mengetenga­hkan pemain bola sepak negeri dan kebangsaan.

“Harap sumbangan ini selari dengan transforma­si yang sedang berlaku di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Mereka banyak melakukan perubahan dan kita akan sentiasa menyediaka­n ramuan mentah,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sebelum ini beliau meminta semua pihak perlu bersabar dalam tempoh lima hingga 10 tahun dan ia bukannya sekadar cakap kosong.

“Ini buktinya. Ramai tidak nampak dan hanya memberikan kritikan keterlalua­n, sebaliknya tidak melihat pembanguna­n yang kita buat. PPBN mempunyai masa depan cerah dengan adanya sistem seperti hari ini.

“Corak permainan juga saya lihat sangat berbeza di mana pemain tidak bermain hantaran jauh tanpa arah. Mereka mempunyai falsafah yang jelas, berani menyimpan bola, mencari ruang dan ia jauh berbeza berbanding zaman dulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia