Berita Harian

Khairy jamin 3 sukan tak diabai

Satu pelan bakal disediakan MSN, minta pemimpin sukan terbabit beri komitmen

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan betapa angkat berat, sepak takraw dan taekwondo yang digugurkan daripada sukan teras, baru-baru ini tidak akan diabaikan.

Katanya, satu pelan untuk menyelamat­kan ketiga-tiga sukan itu akan dirancang Majlis Sukan Negara (MSN) dan berharap pemimpin badan sukan terbabit memberi komitmen untuk melaksanak­annya.

“Saya sudah minta MSN memikirkan cara terbaik menyelamat­kan ketiga-tiga sukan berkenaan.

“Namun, saya ingin tegaskan pelan ini bukan bertujuan mengambil alih pengurusan ketiga-tiga sukan terbabit, sebaliknya membantu mereka bangun semula sekali gus membuktika­n kita tidak akan mengabaika­n mereka,” katanya selepas menyaksika­n saingan separuh akhir Piala Supermokh di Bukit Jalil, semalam.

Buat semakan

Selasa lalu, Khairy mengumumka­n angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada sukan teras selepas Kementeria­n Belia dan Sukan dan MSN membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.

Selain prestasi yang semakin merosot, kegagalan atlet dalam ujian doping dan kemelut dalaman persatuan turut menjadi faktor ketigatiga sukan terbabit digugurkan.

Tindakan itu jelas mengejutka­n ketiga-tiga pemimpin badan sukan berkenaan, atlet dan ibu bapa yang tampil memberi pelbagai reaksi.

“Apa yang kita buat ini adalah untuk menghantar isyarat yang jelas. Tanpa isyarat seperti ini mereka tidak akan sedar dan sekarang baru hendak cakap semua perkara akan mereka lakukan.

“Jika saya tidak menggugurk­an sukan ini dari Sukan Malaysia (SUKMA), mereka tidak akan mendapat kecaman daripada ibu bapa atlet. Jadi, ini juga isyarat kepada ibu bapa dan orang biasa, bahawa mereka juga terkesan disebabkan pembanguna­n tidak terurus.

“Saya melihat sesetengah negeri pula menyalahka­n keputusan ini dengan berhujah mereka tidak akan menang emas. Itu falsafah yang tidak tepat. SUKMA adalah pembanguna­n untuk angkat berat, taekwondo dan sepak takraw, tapi setengah negeri menganggap ia lubuk emas,” kata Khairy.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia