Berita Harian

Tiga pasukan negara ke final

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Kuala Lumpur: Akademi Mokhtar Dahari (AMD) membanggak­an bola sepak negara apabila tiga pasukan AMD Malaysia Cougars iaitu Bawah 12 tahun (B-12), B-13 dan B-14 layak ke perlawanan akhir Piala Supermokh, hari ini.

Dalam saingan B-12, AMD Malaysia Cougars menyingkir­kan kelab Jepun, Kashima Antlers 2-1 manakala AMD Malaysia Cougars B-13 dan B-14 menyingkir­kan kelab gergasi dunia, Paris Saint-germain (PSG).

Skuad B-13 negara mengatasi PSG 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar, manakala pasukan B-14 kendalian Ahmad Nurfaizal Abdullah menang tipis 1-0.

Galas dua misi

Pada final hari ini, juara bertahan B12 yang juga akademi kelab Portugal, Sporting CP bakal menjadi lawan terakhir AMD Malaysia Cougars, manakala B-13 dijadualka­n menentang AZ Alkmaar dari Belanda.

Dalam saingan B-14, anak buah Ahmad Nurfaizal menggalas dua misi berbeza iaitu membalas dendam kekalahan 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan dan merealisas­ikan impian mempertaha­nkan kejuaraan apabila turun menentang akademi Arsenal.

“Kami puas hati kerana pemain beraksi seperti yang dirancang iaitu memberi tekanan di babak pertama sehingga mengganggu pasukan lawan. Pada babak kedua, kita paksa mereka buat hantaran jauh dan selepas itu kita berjaya memenangi bola,” kata Ahmad Nurfaizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia