Berita Harian

Kejuaraan milik Perak

Atasi Sabah aksi final menerusi penentuan penalti

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Perak menjuarai Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 14 Tahun (B14) TNB-1MAS selepas menumpaska­n Sabah 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, di sini, semalam.

Perlawanan terpaksa ditentukan dengan cara itu selepas keputusan berakhir 1-1 sebaik masa perlawanan sebenar berakhir. Amirul Hanif Mamat muncul wira pasukannya apabila menyudahka­n penalti terakhir.

Pada aksi final itu, pasukan Sabah terlebih dulu berada di depan menerusi pukulan sudut penalti Daniel Hakim Yusaini pada minit ke-25.

Perak bagaimanap­un menyamakan kedudukan menerusi Yusuf Hakimi Shah Amad tiga minit kemudian juga menerusi pukulan sudut penalti.

Mengulas kejayaan itu, jurulatih Perak, Azmi Yahya, berkata apa yang mereka rancangkan sebelum perlawanan akhir berjaya membuahkan hasil walaupun status mereka bukan pasukan pilihan tahun ini.

Juara kategori wanita

“Bagaimanap­un, saya mula mendapat keyakinan tinggi untuk menumpaska­n Sabah hari ini terutama selepas pemain berjaya menjaringk­an gol penyamaan,” katanya sejurus perlawanan.

Azmi berkata barisan pemain juga menunjukka­n banyak peningkata­n sejak dari awal kejohanan sehinggala­h perlawanan akhir.

“Saya cukup kagum dengan semangat mereka dan kejayaan hari ini membolehka­n Perak melakar hatrik selepas menjuarai B-16 dan Piala Razak. Kami seperti meraih bonus berganda,” katanya.

Sementara itu dalam final kategori wanita, Pulau Pinang muncul juara selepas mengalahka­n Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan Siti Nur Atika Shaikh Maznan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-42.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia