Berita Harian

Nur Qasrina, Yusuf sasar piala dunia

- Oleh Fabian Peter

Kuala Lumpur: Sejak aktif sukan kuda lasak lima tahun lalu, gandingan adik beradik, Nur Qasrina Amani Zakaria dan Muhammad Yusuf Luqman Zakaria sudah menetapkan matlamat layak beraksi pada Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia.

Edisi seterusnya akan berlangsun­g dua tahun lagi di San Rossore, Itali.

Bagi Nur Qasrina, menjadi sebahagian daripada skuad yang bersaing pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memberikan suntikan semangat buat dirinya terutama apabila berada dalam pasukan yang sama dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga pemenang pingat emas..

Atlet berusia 16 tahun itu, berkata walaupun sekadar menjadi penunggang simpanan tetapi dia banyak belajar daripada atlet senior dalam pasukan.

Aksi pertama Qasrina

“Saya mungkin sekadar menjadi penunggang simpanan tetapi ia bukan mudah untuk berada dalam pasukan. Ia sangat istimewa apabila menjadi penunggang paling muda dalam pasukan,” kata Qasrina yang bersama adiknya berjaya melengkapk­an saingan kuda lasak 50 kilometer pada Kejohanan Kuda Lasak Ketua Polis Negara 2017 di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Bagi Qasrina ini adalah penampilan pertamanya bersaing dalam kejohanan itu tetapi untuk adiknya, Yusuf ia adalah aksi kedua selepas menyertai buat kali pertama tahun lalu.

Atlet adik beradik itu yang menjalani latihan dengan Benua Equestrian Stable (BEST) turut menaruh harapan mewakili Kuala Lumpur pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) jika sukan itu dipertandi­ngkan.

“Selain cuba untuk layak ke Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia, kami harap satu hari nanti kami akan mewakili negara dalam kejohanan utama termasuk Kuala Lumpur untuk SUKMA,” kata Yusuf.

 ??  ?? Nur Qasrina bersama Muhammad Yusuf Luqman.
Nur Qasrina bersama Muhammad Yusuf Luqman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia