Berita Harian

Bekas tonggak Tampines perkuat NS

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Bekas pemain pertahanan kelab bola sepak Singapura, Tampines Rovers, Madhu Mohana, dikhabarka­n antara pemain import yang menyertai Negeri Sembilan bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-m) musim depan.

Pemain berpengala­man berusia 26 tahun itu dikatakan sudah mengikat kontrak setahun dengan skuad Hobin Jang Hobin, yang kembali beraksi di Liga Super musim depan selepas bertarung dalam liga divisyen dua selama empat tahun sejak 2014.

Madhu yang memiliki ketinggian 1.83 meter, sudah 25 kali mewakili skuad kebangsaan Singapura sejak 2013 dan diyakini bakal memperkuat­kan bahagian benteng skuad bimbingan Mohd Asri Ninggal itu.

Dalam entri terbaru akaun rasmi Instagram, kelabnya mengucapka­n terima kasih kepada Madhu dan mengharapk­an yang terbaik kepadanya untuk meneruskan babak baharu dalam kerjayanya.

“Saya gembira untuk bersetuju bermain dengan Negeri Sembilan, satu pasukan yang mempunyai sejarah kejayaan dengan memenangi Piala Malaysia pada tahun 2009 dan 2011.

Sasar jadi pencabar utama

“Walaupun Negeri Sembilan baharu kembali ke liga utama, saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan melangkah sejauh mungkin dalam saingan itu nanti.

“Saya teruja untuk menyertai pasukan baharu ini dan mengharapk­an kejayaan cemerlang dapat dicipta,” katanya.

Sementara itu, Kelab e-penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9futbol.com) berharap skuad Rusa akan menggunaka­n peluang itu untuk membentuk pasukan mantap dalam memberi saingan terbaik pada Liga Super musim depan.

Presidenny­a, Ahmad Zaini Baharun berkata, pengurusan pasukan harus memberikan tumpuan kepada usaha meletakkan pasukan selaku pesaing utama dan bukannya sebagai pelengkap jadual.

 ??  ?? Mohana (dua dari kanan) sudah 25 kali mewakili skuad kebangsaan Singapura sejak 2013 dan diyakini bakal memperkuat­kan bahagian benteng skuad Hobin Jang Hobin.
Mohana (dua dari kanan) sudah 25 kali mewakili skuad kebangsaan Singapura sejak 2013 dan diyakini bakal memperkuat­kan bahagian benteng skuad Hobin Jang Hobin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia