Berita Harian

Peserta FELCRA Sabah terima ‘durian runtuh’

Manfaat agihan dividen interim RM10.2 juta

- Oleh Juzaimie Jazlan

FELCRA Berhad mengagihka­n kira-kira RM10.4 juta dividen interim tahun ini kepada 1,968 peserta dari sembilan kawasan di Sabah, bermula dengan fasa pertama Jun lalu, membabitka­n RM6.2 juta, manakala fasa kedua berjumlah RM4.2 juta.

Kawasan terbabit merangkumi Beaufort, Estet Danum, Kinabatang­an, Kudat, Lahad Datu, Nabawan, Pulau Banggi Fasa Satu, Sandakan dan Telupid dengan jumlah keseluruha­n membabitka­n kawasan seluas 5,897 hektar.

Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata berdasarka­n jumlah dividen yang diagihkan purata sehektar, setiap peserta menerima bayaran antara RM713 hingga RM2,836 seorang.

Katanya, keuntungan bersih daripada Penyata Untung Rugi Wilayah Sabah berakhir September lalu berjumlah RM6.4 juta yang diagih menerusi dua fasa tahun ini.

“Kinabatang­an mempunyai 225 penerima dengan agihan dividen bagi fasa kedua berjumlah RM1.1 juta.

6,000 hektar kawasan FELCRA

“Selepas hampir 20 tahun bertapak di Sabah, FELCRA Berhad membangunk­an seluas hampir 6,000 hektar di seluruh wilayah negeri ini, manakala lonjakan pembanguna­n yang dilaksanak­an sudah memberi kesan kepada pesertanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Temui Rakyat, Penyerahan Dividen Peserta FELCRA Berhad Wilayah Sabah dan Sunathon di Pentas Terbuka Sekolah Kebangsaan Batu Putih, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi FELCRA Bina, Datuk Jafri Ariffin; Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta, Fauzi Mohd Tahir; Pengarah Urusan Yayasan FELCRA, Hashimuddi­n Hashim; Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Livestock & Agri Product, Adlin Ghazaly dan Pengurus Besar FELCRA Wilayah Sabah, Irman Abok.

Pembanguna­n FELCRA Berhad di Wilayah Sabah bermula pada 1985 dengan Projek Sungai Balaban seluas 319.57 hektar.

Ia antara agensi pembanguna­n tanah di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan objektif menjana keuntungan dari ladang peserta untuk diagihkan kepada peserta dalam bentuk dividen.

Mengenai program itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an berkata, ia adalah langkah gerak kerja pemimpin secara berterusan dalam usaha mendekati rakyat di peringkat akar umbi yang ditunjangi Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia