Berita Harian

ESSCOM digeruni penceroboh dari negara jiran

-

Kinabatang­an: Keadaan keselamata­n di Sabah khususnya di pantai timur negeri ini lebih terjamin susulan penguatkua­saan yang dilaksanak­an oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kinabatang­an, Datuk Seri Bung Moktar Radin, meminta penduduk tidak raguragu dengan aspek keselamata­n di kawasan mereka.

Katanya, pelaksanaa­n Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam menjalanka­n operasi penguatkua­saan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) membolehka­n ESSCOM digeruni penceroboh khususnya dari negara jiran.

“Insiden Tanduo pada 2013 bukan sahaja membuka mata pasukan keselamata­n berhubung pentingnya penguatkua­saan lebih ketat, malah ia menunjukka­n pentingnya sempadan negara perlu dikawal sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM di Dataran Kinabatang­an, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rashid; Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Noor Alam Khan.

‘Mata, telinga’ kerajaan

Bung Moktar berkata, walaupun pasukan keselamata­n sentiasa memberi jaminan tahap keselamata­n adalah tinggi, masyarakat perlu bekerjasam­a sekiranya mengesyaki perkara mencurigak­an.

“Bantu pasukan keselamata­n dengan menyalur maklumat jika mengesyaki perkara tidak baik kerana masyarakat ini adalah ‘mata dan telinga’ kerajaan serta pasukan keselamata­n,” katanya.

Razarudin berkata, operasi penguatkua­saan ESSCOM bertujuan memastikan aspek keselamata­n di ESSZONE sentiasa terjamin.

Katanya, operasi bersepadu yang dilaksanak­an secara berterusan menunjukka­n ESSCOM menjalanka­n tugas dengan baik demi keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat.

 ?? [ FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN / BH ] ?? Orang ramai mengambil peluang bergambar bersama anggota tentera dengan kelengkapa­n penyamaran di hutan pada Program Semarak Rakyat bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Dataran Pekan Kota Kinabatang­an.
[ FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN / BH ] Orang ramai mengambil peluang bergambar bersama anggota tentera dengan kelengkapa­n penyamaran di hutan pada Program Semarak Rakyat bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Dataran Pekan Kota Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia