Berita Harian

Mekanisme tebatan bah Kota Belud giat dicari

Langkah jangka pendek, panjang dirangka kerajaan

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Kerajaan giat mencari mekanisme yang sesuai bagi menambah baik sistem pengairan, sekali gus mengurangk­an kesan banjir di daerah Kota Belud yang boleh menjejaska­n kehidupan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata mesyuarat sudah diadakan bersama Jabatan Pengai- ran Negeri Sabah bagi mengenal pasti langkah perlu diambil dalam jangka pendek dan panjang.

Katanya, antara inisiatif itu ialah bagi menjalanka­n kerja membaik pulih dan mendalamka­n dua sungai di daerah berkenaan dengan kos RM80 juta.

“Hari ini (semalam) kita melihat inisiatif lain bersama Jabatan Pengairan Negeri terhadap isu sungai dan bagaimana ia boleh ditambah baik dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Proses pindah mangsa

“Sekiranya air naik mendadak, langkah seperti proses memindah- kan mangsa dan mengaktifk­an pusat pemindahan perlu dilakukan dengan cekap dan pantas.

“Ia bagi membolehka­n proses mencari dan menyelamat berjalan dengan lancar,” katanya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Bersama Pemimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Said Keruak; ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli dan Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam.

Mesyuarat itu turut dihadiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia