Berita Harian

Guna pengaruh lobi OIC sokong draf resolusi PBB

-

Kuala Lumpur: Malaysia wajar menggunaka­n pengaruhny­a dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melobi anggota OIC menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) mendesak Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Wakil Opinio Juris Malaysia, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, berkata walaupun tidak lagi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamata­n PBB (UNSC), Malaysia masih boleh berperanan dalam pentas OIC bagi memastikan negara anggota PBB menyokong draf resolusi itu.

“PBB dan Majlis Keselamata­n tetap akan mengundi untuk resolusi itu. Namun, mungkin akan ada negara yang berkecuali berikutan amaran AS untuk menghentik­an bantuan kewangan terhadap negara yang menyokong.

Lobi sebanyak mungkin

“Dalam hal ini, walaupun Malaysia bukan lagi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamata­n PBB, sebagai anggota OIC, Malaysia boleh membantu OIC melobi sebanyak mungkin negara anggota PBB bagi menyokong resolusi itu,” katanya kepada BH, semalam.

Presiden Donald Trump, semalam mengugut akan menghentik­an bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi itu.

Mengulas lanjut, Salawati, yang juga Timbalan Penasihat Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ugutan dibuat AS itu menyerlahk­an lagi pendirian negara itu terhadap Israel.

“Seperti dijangka, AS akan memulakann­ya dengan menghentik­an bantuan kewangan disebabkan isu ekonomi sangat berkesan untuk menakutkan banyak negara.

“Tindakan AS ini dilihat satu tindakan buli oleh kuasa besar terhadap negara lain dalam usaha untuk menghalang negara berkenaan meluluskan resolusi mengutuk tindakan Trump berhubung isu Baitulmaqd­is,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia