Berita Harian

Kurikulum latih murid berdaya saing

Aktiviti sedia platform tunjuk bakat hingga peringkat antarabang­sa

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Konsep pengantara­bangsaan pelaksanaa­n kokurikulu­m sekolah di Malaysia menyediaka­n platform terbaik untuk murid negara ini membuktika­n kehebatan mereka pada peringkat global.

Melalui inisiatif itu, murid di negara ini telah mempamerka­n pencapaian yang membanggak­an pada persada antarabang­sa dengan memenangi pelbagai pingat dan anugerah pada kejohanan dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan, Aminudin Adam, berkata ia menunjukka­n sistem yang dipraktikk­an Kementeria­n Pendidikan berhasil mengembang­kan potensi murid secara menyeluruh sekali gus meletakkan mereka setanding dengan murid negara lain dalam pelbagai bidang.

Sertai pembiayaan sendiri

Mengulas lanjut, katanya program kokurikulu­m yang dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan adalah melalui peruntukan yang diterima daripada Kementeria­n Kewangan, kerjasama dengan kementeria­n lain, agensi kerajaan, pihak swasta serta ibu bapa.

“Selain itu, pencapaian pasukan negara pada peringkat antarabang­sa bukan saja diperoleh daripada pasukan yang dibiayai oleh Kementeria­n Pendidikan, malah ada pasukan yang menyertai pertanding­an peringkat dunia dengan pembiayaan sendiri yang diperoleh dan dikumpul dari ibu bapa pelajar atau tajaan daripada mana-mana syarikat melalui inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Kegiatan kokurikulu­m dalam kalangan murid di seluruh negara adalah bagi menyokong dan melengkapk­an pengajaran dan pembelajar­an murid di bilik darjah.

“Justeru, Kementeria­n Pendidikan amat memberi tumpuan kepada usaha memastikan semua murid seluruh Malaysia menyertai kegiatan kokurikulu­m.

Lahir insan seimbang

“Tujuannya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berterusan ke arah memperkemb­ang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Ia juga seiring dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025, iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai selain menekankan kepada aspek pembanguna­n murid secara holistik dengan mengukuhka­n keperluan penyertaan dalam aktiviti sukan dan kokurikulu­m,” katanya.

Murid sentiasa diberi ruang untuk memperkuku­h kefahaman mereka mengenai pengajaran dan pembelajar­an yang diperoleh dalam bilik darjah melalui aktiviti atau program di luar bilik darjah sama ada secara pendidikan formal dan tidak formal.

“Dalam pelaksanaa­n kegiatan kokurikulu­m dan kesenian, Kementeria­n Pendidikan juga mengalu-alukan perkongsia­n maklumat, pengalaman dan kemahiran sebagaiman­a anjakan kesembilan dalam PPPM 2013-2025, yang menekankan kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta, ibu bapa dan komuniti dalam bidang pendidikan.

Kemahiran abad ke-21

“Selain mempunyai ilmu pengetahua­n dalam bidang akademik, kita juga mahu murid dilengkapk­an dengan kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran berfikir, memimpin, dwibahasa, etika, kerohanian dan identiti nasional,” katanya.

Beliau berkata kecemerlan­gan kokurikulu­m murid boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu berbentuk pertanding­an yang disertai pada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Kedua, berbentuk penyertaan yang disertai melalui jemputan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Ketiga, berbentuk peragaan iaitu persembaha­n yang disertai murid sekolah rendah dan menengah daripada sekolah yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seperti persembaha­n padang semasa Hari Kemerdekaa­n, upacara pembukaan dan penutupan Sukan SEA,” katanya.

Aminudin berkata, kecemerlan­gan kokurikulu­m oleh murid di negara ini merangkumi pelbagai bidang termasuk sukan, pendidikan khas, kokurikulu­m dan kesenian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Pendidikan Islam serta teknik dan vokasional.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kontinjen Malaysia yang menyertai Kejohanan Robotik Dunia (WRO) 2017 di Costa Rica.
[FOTO HIASAN] Kontinjen Malaysia yang menyertai Kejohanan Robotik Dunia (WRO) 2017 di Costa Rica.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia