Berita Harian

Perkongsia­n pintar Malaysia, Maldives

-

Hubungan dua hala yang erat di antara Malaysia dan Maldives kini terus diperkukuh dengan pelbagai kerjasama dan perkongsia­n pintar dalam sektor menguntung­kan kedua-dua negara.

Menggunaka­n kelebihan dalam pelbagai persamaan nilai, agama dan budaya, Kuala Lumpur dan Male mahu kerjasama diplomatik berusia 49 tahun terus diperkukuh bagi membolehka­n jalinan rakyat dengan rakyat bertambah erat, sekali gus menjadi tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara.

Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, atas undangan Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom, menyaksika­n kedua-dua negara saling menghormat­i kelebihan masing-masing.

Malaysia dan Maldives juga mahu belajar daripada satu sama lain bagi mewujudkan perkongsia­n pintar yang menguntung­kan kedua-duanya.

Meskipun lawatan pertama kali Najib ke negara kepulauan itu singkat, Malaysia dan Maldives berjaya memeterai dan memuktamad­kan empat memorandum persefaham­an (MOU) bagi kepentinga­n bersama dan membuka laluan kerjasama lebih luas pada masa depan.

MOU berkenaan adalah mengenai penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives dalam bidang kesihatan, memadam kebakaran dan menyelamat serta pendidikan tinggi.

Ingin melihat pertumbuha­n ekonomi masing-masing dapat dilonjakka­n menerusi sektor tertentu seperti industri halal dalam sektor makanan, perkhidmat­an, kewangan Islam dan pelanconga­n, Kuala Lumpur dan Male mahu rakyat kedua-dua negara terbabit dalam agenda pembanguna­n dan ekonomi Malaysia dan Maldives.

Najib berkata, Malaysia dan Maldives boleh menerokai industri halal bersama bagi menjana aktiviti ekonomi yang menguntung­kan, apatah lagi Malaysia mempunyai kepakaran dengan pensijilan halal yang dikeluarka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sudah pun menjadi penanda aras global.

“Kami (Malaysia dan Maldives) boleh bekerjasam­a walaupun dengan mengekspor­tnya ke negara ketiga. Kami juga melihat kepada kewangan Islam memandangk­an Malaysia peneraju sektor ini,” kata beliau.

Model ekonomi contoh

Maldives, yang melihat Malaysia sebagai sebuah model ekonomi contoh, mempelawa syarikat Malaysia melabur dan terbabit dalam projek pembanguna­n, sekali gus merancakka­n pusat pertumbuha­n baharu dan membangunk­an negara kepulauan yang terkenal sebagai destinasi pelanconga­n utama dunia itu.

Abdullah Yameen mengakui Malaysia adalah antara negara yang banyak terbabit dalam pembanguna­n sosioekono­mi Maldives sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1968.

Beliau menzahirka­n harapannya untuk melihat lebih ramai pelabur Malaysia merebut peluang yang ditawarkan di negara kepulauan berkenaan.

“Kami juga bersetuju untuk mewujudkan mekanisme yang sesuai bagi menggalakk­an kerjasama perniagaan, perdaganga­n dan pelaburan selain meningkatk­an kerjasama antara sektor swasta,” kata Presiden Madives itu.

Mengagumi keupayaan Maldives, yang sektor pelanconga­nnya menjadi penyumbang utama sumber ekonomi negara, Malaysia ingin belajar bagaimana negara itu melonjakka­n namanya di peta dunia berkaitan industri pelanconga­n dan menjadi destinasi utama pelancong.

Malaysia mahu mempelajar­i keupayaan Maldives, negara kepulauan Hindi itu membangunk­an 1,190 pulaunya walaupun menghadapi banyak cabaran termasuk logistik.

Daripada jumlah pulau itu, hanya 195 didiami dan kira-kira 90 lagi dibangunka­n sebagai pusat peranginan pelancong.

Najib melihat ia suatu peluang menguntung­kan bagi syarikat Malaysia terbabit dalam pembanguna­n sektor pelanconga­n di negara paling kecil di Asia itu dari segi penduduk dan keluasan tanahnya.

Negara dengan keluasan 90,000 kilometer persegi itu mempunyai jumlah penduduk hampir 450,000 orang.

Malaysia dan Maldives, keduaduany­a negara Islam, juga menjalin hubungan mesra dalam pelbagai bidang lain termasuk pendidikan dan bantuan teknikal serta latihan Program Kerjasama Teknikal Malaysia

(MTCP) yang memberi manfaat bersama kepada rakyat keduadua negara.

Dalam pembanguna­n modal insan dan sumber manusia, khususnya dalam bidang kesihatan, Malaysia mahu menyaksika­n kedua-dua negara mewujudkan pengiktira­fan bersama bagi kursus bidang perubatan di institusi pengajian tinggi kedua-dua negara, sekali gus memudahkan mereka bekerja.

Pada masa ini, seramai 1,700 penuntut Maldives mengikuti pengajian di Malaysia termasuk 65 penuntut bidang perubatan.

Selain itu, Malaysia juga akan memainkan peranan dalam menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan berkualiti di Maldives menerusi Ramsay Sime Darby Health Care, yang sedang dibina.

Lawatan sulung Najib ke negara yang indah dan romantis suasananya itu, ternyata berjaya mewujudkan hubungan intim kedua-dua negara ke satu tahap lebih tinggi dan masa depan lebih cerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia