Berita Harian

Lembaga pengarah tak minat teruskan projek KLVC

Keputusan dibuat susulan timbul keraguan rundingan pemaju, FIC

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Lembaga Pengarah FELDA tidak lagi berminat untuk meneruskan pembinaan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), termasuk menara ikoniknya di Jalan Semarak dan beberapa menara lain yang dirancang pemaju di lokasi itu.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata keputusan itu dibuat pada 15 Jun lalu selepas pihaknya bersetuju mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatka­n kembali tanah miliknya.

“Pandangan peribadi saya, tiada keperluan melaksanak­an pembanguna­n secara besar-besaran seperti itu lebih-lebih lagi dalam keadaan lambakan pembanguna­n hartanah komersial sekarang.

“FELDA nak balik tanah itu, yang lain sama ada siapa jadi kontraktor­nya, Pengerusi FELDA berapa tinggi menara itu, apa nilainya, cerita pembanguna­n mereka, apa perancanga­n nak buat di situ... semua itu saya tak minat.

“Saya tak pernah dengar nama syarikat kontraktor ini, saya tak berminat pun menara 59 tingkat dengan nilai kontrak RM107 juta, kerana dalam keadaan pembanguna­n hartanah sekarang kenapa nak bangunkan secara besar-besaran.

“Kita lihat sudah ada Bukit Bintang City Centre (BBCC), Tun Razak Exchange (TRX), akan ada Menara KL118 milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Bandar Malaysia. Jadi soal pembanguna­nnya dah tak perlu, yang utama ia hak milik FELDA, maka pulangkan balik,” katanya kepada BH.

Shahrir berkata, FELDA tidak lagi berminat membangunk­an tanah itu kerana berpendapa­t cadangan pembanguna­n adalah berdasarka­n rundingan antara pemaju dengan Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC).

Katanya, ia susulan timbul pelbagai persoalan mengenai rundingan itu, termasuk perjanjian pembanguna­n induk yang ditandatan­gani FIC, tetapi hanya memaklumka­n kepada Lembaga Pengarah FELDA tiga bulan kemudian.

“Dalam laporan Lembaga Pengarah 16 Januari 2014, FIC memaklumka­n syarikat pemaju itu berikan tawaran terbaik, tapi kami tidak jumpa rekod mana-mana pihak lain dijemput untuk membida, tender terbuka dibuat atau tawaran pihak lain.

“Mereka (FIC) hanya kata tawaran terbaik datangnya daripada syarikat pemaju itu.

“Lebih mengeliruk­an, mula-mula kita dapat tahu hanya ada tiga SPA tanah FELDA di situ, kemudian secara tiba-tiba kita tahu ada empat yang sudah dipindah milik kepada syarikat pemaju, namun selepas disusun kami dapati yang keempat (SPA3) masih belum ditukar milik lagi,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Model projek KLVC di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Model projek KLVC di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia