Berita Harian

Keluarga 3 beranak mati dibunuh mohon maaf

-

Kota Bharu: Keluarga tiga beranak yang mati dibunuh pada 15 November lalu, memohon maaf kepada seorang lelaki kerana mengaitkan­nya sebagai pembunuh.

Kha Leng Siew, 33, adik seorang mangsa yang maut, memuat naik gambar Khong Krassim Eh Chong, 30, di Facebook pada hari kejadian, mendakwa lelaki itu pembunuh sehingga tuduhan itu menjadi viral.

Leng Siew mengakui terlalu emosi sebaik melihat keadaan mayat abang, kakak ipar serta anak saudaranya di lokasi kejadian.

Terlalu emosi

“Gambar lelaki itu diambil di Facebook dan saya menyiarkan­nya ketika di lokasi kejadian. Ketika itu, saya bingung, tidak tahu mengapa terlalu emosi sehingga menyiarkan gambar lelaki itu di Facebook.

“Bagaimanap­un tidak sampai satu minit, saya memadam gambar itu apabila polis yang berada di lokasi memaklumka­n dia tiada kaitan dengan kes pembunuhan abang saya.

“Namun, agak terlambat kerana gambar itu sudah dikongsi orang ramai,” katanya ketika memohon maaf kepada Khong Krassim dan ahli keluargany­a di sebuah kafe, di sini semalam.

Kakak Khong Krassim, Thassni Eh Chong, 36, menerima permohonan maaf itu walaupun menyifatka­n ia kesalahan besar kerana mengaitkan adiknya sebagai pembunuh dan menjejaska­n imej keluarga mereka.

Akhbar sebelum ini melaporkan tiga beranak mati ditikam, seorang lagi parah dipercayai diserang seorang lelaki bersenjata­kan pisau di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab.

 ??  ??
 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Leng Siew (kanan) meminta maaf daripada Khong Krassim sambil diperhati ahli keluarga di Kota Bharu, semalam.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Leng Siew (kanan) meminta maaf daripada Khong Krassim sambil diperhati ahli keluarga di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia