Berita Harian

Sebatan syariah

Hukuman bukan untuk menzalimi, tetapi pengajaran menginsafk­an

- Oleh Hasliza Hassan

Sebat atau tak sebat? Itulah topik forum Seminar Isuisu Mahkamah Syariah ke-13 2017 (SISMAS 13) bertemakan ‘Penguatkua­saan dan Pelaksanaa­n Undangunda­ng Jenayah Syariah di Malaysia’ yang mengangkat isu hukuman sebatan dan keberkesan­annya sebagai medium pencegahan.

Menariknya, topik itu membuka ruang kepada perbahasan mengenai hukuman sebatan yang sudah termaktub dalam perundanga­n syariah di negara ini, malah dilaksanak­an terhadap pesalah yang disabitkan dan dijatuhkan hukuman sebat.

Apa yang dibangkitk­an ialah apakah hukuman maksimum enam sebatan mengikut enakmen/ akta itu mencukupi dan sudah memadai untuk menebus kesalahan atau memberi kesedaran kepada pesalah, seterusnya menginsafk­an mereka supaya tidak mengulangi jenayah yang dilakukan.

Turut dibincangk­an pada seminar anjuran Jabatan Undangunda­ng Islam Kuliyyah Undangunda­ng Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) itu, kemungkina­n hukuman sebat syariah dilaksanak­an di depan umum.

Tujuannya sebagai pengajaran dan iktibar kepada orang lain supaya tidak menyalahi undangunda­ng syarak, selain meningkatk­an kesedaran serta kefahaman terhadap pelaksanaa­n hukuman yang ditetapkan oleh Islam.

Kenapa pertikaika­n

Penolong Kanan Komisioner Bahagian Perundanga­n Jabatan Penjara Malaysia, Abdul Kadir Jailani Ismail, berkata antara isu berhubung pelaksanaa­n hukuman sebat di bawah undang-undang syariah ialah kritikan mengatakan ia zalim dan tidak sesuai untuk wanita.

Sedangkan katanya, kebanyakan pihak yang pernah melihat pelaksanaa­n hukuman sebat syariah berpandang­an hukuman rotan dilakukan kepada pelajar di sekolah lebih menyakitka­n berbanding sebatan syariah.

Oleh itu, adalah menghairan­kan kenapa ada golongan yang mempertika­ikan hukuman sebatan syariah yang dilaksanak­an apabila objektifny­a sangat jelas sebagai langkah pencegahan dan menegakkan undang-undang syariah.

“Tidak faham kenapa hendak laksanakan enam sebatan itu, kecoh satu negara. Jika dibandingk­an dengan sebat sivil hingga mencederak­an, setakat ini sebatan syariah hanya meninggalk­an kesan birat saja,” katanya.

Beliau yang memiliki pengalaman 25 tahun bekerja di penjara berkata, pihak penjara memberi latihan khusus untuk sebatan syariah dan memastikan semua syarat berhubung pelaksanaa­nnya dipatuhi seperti tukang sebat pesalah daripada jantina yang sama.

Begitu juga pegawai perubatan yang akan memeriksa tahap kesihatan pesalah ialah doktor wanita. Pesalah juga disediakan pakaian khas bagi memastikan hukuman terlaksana dan mendapat pengajaran seperti dikehendak­i syariat.

Abdul Kadir berkata, enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri di negara ini adalah sama termasuk tempat pelaksanaa­n hukuman sebat seperti diarahkan oleh Mahkamah Syariah.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan kemung- kinan hukuman sebat dilaksanak­an di hadapan khalayak umum kerana mengikut amalan sekarang seperti diperintah­kan oleh Mahkamah Syariah, hukuman sebat dilaksanak­an di penjara.

Pelihara maslahat undang-undang

“Wajarkah dibuat di khalayak ramai, kita hanya mematuhi dasar seperti ditetapkan. Namun pada pendapat saya, kewajaran hukuman dilaksanak­an di penjara bagi mengelak daripada persepsi luar dan demi memelihara kemaslahat­an undang-undang syariah.

“Mungkin mereka dalam bidang syariah boleh menjelaska­n perkara ini, tambahan undang-undang Islam bertujuan memberi pengajaran dan menimbulka­n keinsafan. Hendak merotan pun tidak boleh angkat melebihi bahu,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, walaupun cara sebatan tidak boleh hingga menampakka­n ketiak, pukulan tetap dirasai meskipun tidak sampai melukakan.

Pada seminar itu, peserta turut dipertonto­nkan tayangan video hukuman sebat yang dilaksanak­an Wilayatul Hisbah (pasukan polis syariah) di Aceh, sekali gus memperliha­tkan wujudnya perbezaan antara hukuman sebat syariah di wilayah itu dengan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia