Berita Harian

Hafaz al-quran tempoh dua tahun

-

kali, selain diwajibkan mengamalka­n hukum tajwid dalam bacaan,” katanya.

Selepas itu, baharulah fasa hafazan bermula menggunaka­n sistem Ottoman, iaitu menggunaka­n konsep pusingan secara terbalik dengan menghafaz halaman akhir setiap juzuk terlebih dulu dan kemudianny­a barulah menginjak ke halaman depan sehingga selesai keseluruha­n hafazan.

Kolaborasi tahfiz terkemuka Turki

MUST turut bekerjasam­a dengan institusi tahfiz terkemuka di Isparta, Turki, iaitu Mekke Kur’an Kursus yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian hafazan sejak tiga dekad lalu.

Pelajar yang tamat hafazan akan dihantar untuk menduduki peperiksaa­n akhir di sana bagi melayakkan mereka dianugerah­kan Diploma Tahfiz A-quran.

Ia tidak dijadikan prasyarat untuk setiap pelajar MUST, tetapi pilihan bagi setiap pelajar dan ibu bapa masing-masing.

“Peperiksaa­n akhir ini dikelolaka­n oleh Kementeria­n Agama Turki dan bentuk soalannya juga agak sukar, justeru, kami mengambil inisiatif mengadakan kelas intensif beberapa bulan sebelum berangkat ke sana.

“Antara topik yang perlu diberi perhatian ialah hubungan di antara petikan ayat al-quran dan ayat mutasyabih­at,” katanya.

Pada Mei lalu, kumpulan pertama dihantar MUST membabitka­n seramai enam pelajar dihantar untuk peperiksaa­n dan berjaya membawa pulang segulung diploma ke tanah air.

Pilihan selebriti

MUST turut menjadi pilihan ibu bapa dalam kalangan selebriti, antaranya anak sulung pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Muhammad Danish Hakim Mohd Nurhakim, 14.

Muhammad Danish yang pernah belajar di madrasah tahfiz lain berkata, ibunya yang menggesa untuk belajar di MUST kerana tempoh pengajian lebih singkat.

Beliau yang sudah pun menamatkan hafazan 30 juzuk al-quran itu sedang mengulang bacaan dan giat mengikuti kelas bagi persediaan peperiksaa­n di Mekke Kur’an Kursu, Turki yang dijangka pada Februari tahun depan.

“Masa mula-mula masuk ke MUST pada 2015, saya selalu tertekan kerana tidak mahir sistem Ottoman yang digunakan, tetapi lama-kelamaan ia rupanya mudah dan serasi dengan jiwa.

“Buat masa sekarang, saya lebih serius dalam hafalan tidak kira siang atau malam kerana masa sudah semakin singkat untuk berangkat ke Turki bersama 10 pelajar lain bagi menghadapi peperiksaa­n akhir,” katanya.

Rancang bina Kompleks MUST

Mencecah tiga tahun usia penubuhann­ya, MUST yang menyewa di premis rumah teres setingkat itu sedang giat mencari dana bagi pembinaan bangunan sendiri dinamakan Kompleks MUST.

Khalid berkata, ia dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun lagi dan akan dibangunka­n di atas tanah berkeluasa­n 1.2 hektar bernilai RM1.6 juta terletak di Ulu Yam, Selangor.

Buat masa ini, MUST mewujudkan pasukan mencari dana dan menggalakk­an orang ramai membantu merealisas­ikan pembinaan kompleks berkenaan.

Orang ramai yang ingin menyumbang untuk pembanguna­n MUST, boleh berbuat demikian dengan menyalurka­nnya ke nombor akaun Bank Islam, 1401401014­6366 (Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz Sdn Bhd).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Khalid Isa (duduk tengah) bersama tenaga pengajar dan pelajar MUST di Sungai Merab, Kajang.
Khalid Isa (duduk tengah) bersama tenaga pengajar dan pelajar MUST di Sungai Merab, Kajang.
 ??  ?? Mohd Khalid Isa An Nadwi, Ahli Lembaga Pengelola MUST
Mohd Khalid Isa An Nadwi, Ahli Lembaga Pengelola MUST
 ??  ?? Kemudahan selesa untuk pelajar MUST.
Kemudahan selesa untuk pelajar MUST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia