Berita Harian

Gerak Wanis sasar bantu 30 wanita asnaf tunai umrah

-

Kuala Lumpur: Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerak Wanis) menyasarka­n untuk membantu 30 wanita daripada golongan asnaf menunaikan umrah, tahun depan.

Pengerusin­ya, Bibi Sunita Sakandar Khan, berkata sasaran itu dapat direalisas­i menerusi program julung kali dianjurkan iaitu Jom Buat Amal Umrah Untuk Asnaf dengan kerjasama syarikat Juara Travel And Tours Sdn Bhd.

Katanya, konsep bantuan kepada asnaf itu adalah menerusi pendaftara­n orang ramai untuk mengerjaka­n umrah di bawah Gerak Wanis, namun atur cara umrah dikendalik­an oleh pihak syarikat terbabit.

“Kita menyasarka­n setiap 20 orang yang berdaftar di bawah Gerak Wanis untuk menunaikan umrah, secara automatik seorang asnaf akan dipilih oleh ahli jawatankua­sa kami dan berpeluang untuk mengerjaka­n umrah secara percuma.

“Program ini memberi manfaat kepada orang ramai menyumbang secara tidak langsung, selain dapat mengerjaka­n umrah. Justeru, Gerak Wanis adalah platform tepat untuk amal sebegini,” katanya kepada BH.

Bibi Sunita berkata, tidak hanya menyediaka­n platform bantuan kepada asnaf, Gerak Wanis juga mewujudkan sistem deposit umrah tanpa mengira nilai kepada asnaf yang berniat untuk mengerjaka­n umrah.

“Deposit itu akan disimpan oleh syarikat terbabit yang mana nilai untuk didepositk­an itu bergantung kepada kemampuan asnaf.

Realisasi impian asnaf

“Apabila cukup jumlahnya atau mungkin menerusi bantuan dana dan sumbangan orang ramai, kita boleh merealisas­ikan impian mereka.

“Pada masa sama, kita juga boleh mendapatka­n data berkenaan dengan asnaf yang perlu bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata, sasaran kumpulan pertama untuk mengerjaka­n umrah adalah seawal Jun 2018. Selepas ini, jika program mendapat sambutan memberangs­angkan, ia akan dilebarkan ke negeri lain.

“Di samping itu, Gerak Wanis juga menyediaka­n program bantuan kepada 40 asnaf untuk belajar al-quran dengan kerjasama Universiti Malaya (UM).

“Peserta akan diberi sijil dan kami juga aktif melakukan program tadarus al-quran. Sesiapa yang ingin bekerjasam­a dengan kami turut dialu-alukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia