Berita Harian

Maroney saman USAG

Pemenang emas Olimpik dipaksa rahsia perbuatan doktor pasukan gimnastik kebangsaan AS

-

Pemenang emas Sukan Olimpik, Mckayla Maroney menyaman Persatuan Gimnastik Amerika Syarikat (USAG) dengan mendakwa organisasi itu memaksanya menandatan­gani satu persetujua­n untuk tidak mendedahka­n isu penderaan seksual dialaminya daripada bekas doktor pasukan kebangsaan, Larry Nassar.

Tuntutan berkenaan difailkan oleh peguam John Manly di mahkamah di sini.

Berdasarka­n salinan dilihat oleh REUTERS, ia menyatakan Maroney dipaksa menandatan­gani satu persetujua­n secara sulit pada Disember 2016, susulan dirinya memerlukan wang bagi membayar rawatan psikologi.

Tuntutan itu juga menyatakan Maroney mengalami penderaan seksual dilakukan oleh Nassar dari tahun 2009 hingga 2013 ketika masih remaja.

Dipaksa bersetuju

Saman difailkan bagi tujuan membatalka­n perjanjian berkenaan selain mencari ganti rugi.

USAG membalas isu berkenaan dalam satu kenyataan dengan berkata: “Konsep kerahsiaan itu digambarka­n oleh peguam Mckayla, bukan Persatuan Gimnastik AS.”

Antara intipati lain Maroney menggambar­kan yang dia dipaksa bersetuju secara rahsia ‘selepas menderita selama beberapa tahun daripada trauma psikologi terhadap penderaan seksual oleh Nassar dan memerlukan dana bagi membayar rawatan psikologi.’

Pada bulan ini, Nassar dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun oleh hakim Mahkamah Daerah AS di Michigan atas tuduhan pornografi kanak-kanak yang ditimbulka­n berdasarka­n siasatan penderaan seks.

Nassar berada dalam pasukan perubatan untuk pasukan gimnastik wanita Universiti Michigan. Dia berkhidmat selaku doktor untuk gimnastik Amerika Syarikat bagi empat temasya Sukan Olimpik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia