Berita Harian

PBNP enggan kemukakan rayuan

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak akan mengemukak­an rayuan terhadap hukuman dilarang memohon lesen Kelab Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) selama dua tahun yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarka­n PBNP, pihaknya menerima keputusan Jawatankua­sa Tatatertib yang mengenakan hukuman terbabit susulan keengganan pasukan itu menyertai saingan Piala AFC 2018 untuk memberi fokus kepada saingan domestik musim hadapan.

Ingkar arahan FAM

“PBNP terpaksa menerima keputusan yang sudah diputuskan oleh Jawatankua­sa Tatatertib FAM, namun kami tidak akan sama sekali mengemukak­an rayuan terhadap keputusan ini.

“Ini kerana PBNP masih berpegang kepada keyakinan bahawa PBNP tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Terdahulu, ‘kedegilan’ Pahang yang enggan menerima tawaran FAM untuk mengisi satu lagi slot pasukan ke saingan Piala AFC 2018 membawa padah selepas pasukan itu tidak dibenarkan untuk memohon Lesen Kelab AFC bagi tempoh dua tahun.

Hukuman itu diputuskan Jawatankua­sa Tatatertib FAM yang menyaksika­n larangan itu membabitka­n permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksika­n skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga JuaraJuara Asia 2019 dan 2020.

Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut FAM kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftark­an pasukan ke pertanding­an Piala AFC musim depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia