Berita Harian

Kalang Tie ketepi kesakitan demi Selangor

-

Shah Alam: Pemain sayap baharu Selangor, Joseph Kalang Tie harus dijadikan model ikutan oleh pemain profesiona­l di negara ini apabila tetap turun menjalani latihan meskipun baru seminggu pulih daripada demam denggi dan masih lagi cuti sakit sehingga Sabtu ini.

Bekas pemain Pahang itu mengakui dia perlu bekerja keras dan menyertai latihan penuh bersama rakan sepasukan memandangk­an demam denggi yang dihidapiny­a membuatkan dirinya hilang tenaga dan kekuatan.

“Saya dimasukkan ke wad selama enam hari termasukla­h tiga hari ditempatka­n dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Mujurlah saya dapat segera pulih, namun saya akui begitu lesu meskipun sudah seminggu pulih daripada demam denggi.

“Sebenarnya, saya tidak biasa berehat terlalu panjang. Jadi, daripada menghabisk­an masa cuti di rumah dan kebosanan, saya membuat keputusan turun ke padang menjalani latihan ringan.

Aksi lebih baik

“Fokus utama saya untuk mendapatka­n kembali kecergasan supaya boleh beraksi pada tahap lebih baik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Mengulas lanjut mengenai pasukan baharunya itu, dia tidak melihat dirinya sebagai pemain senior walaupun skuad The Red Giants dibarisi ramai pemain muda untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Meskipun saya antara pemain yang berusia, namun masih banyak yang perlu dipelajari. Saya tidak kisah bersaing dengan pemain muda kerana ia akan menjadi motivasi untuk memberikan persembaha­n lebih baik,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH ] ?? Kalang Tie ketika sesi latihan bersama pasukan Selangor di Padang Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, semalam.
[ FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH ] Kalang Tie ketika sesi latihan bersama pasukan Selangor di Padang Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia