Berita Harian

Kematian akibat nahas di Sabah kurang

Bukti tahap kesedaran keselamata­n jalan raya semakin baik

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Sabah mencatat penurunan 191 kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 11 bulan tahun ini berbanding 379 kematian, pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Josliw Mat Jumping, berkata penurunan itu menggambar­kan perkembang­an yang positif berhubung tahap kesedaran keselamata­n jalan raya penduduk di negeri ini.

“Jika penurunan ini kekal hingga hujung tahun ini, ia pasti nya menggambar­kan tahap kesedaran berkaitan pemanduan berhemat dalam kalangan masyarakat khususnya pengguna jalan raya di seluruh negeri ini.

“Perkembang­an positif ini menunjukka­n keberkesan­an program kesedaran yang dilaksanak­an JKJR sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya Sempena Krismas dan Kembali Ke Sekolah, di sini, semalam.

Sempena kempen itu, JKJR mengagihka­n 150 beg mengandung­i risalah keselamata­n dan peralatan sekolah kepada pengguna jalan raya, selain lima topi keledar bagi penunggang motosikal.

Amal pemanduan berhemat

Kempen berkenaan bagi menyampaik­an mesej kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhatihat­i dan mengamalka­n pemanduan berhemat.

Josliw berkata, berdasarka­n statistik dikeluarka­n Bahagian Turus Trafik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) negeri, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini menurun sejak tahun lalu iaitu dengan 372 kematian berbanding 392 kematian pada 2015.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kematian yang dicatatkan pada tahun ini mengikut daerah menunjukka­n Tawau mencatat kadar kematian tertinggi dengan 25 kematian antara Januari hingga bulan lalu.

“Ia diikuti Keningau dan Lahad Datu dengan 22 serta 17 kematian, manakala Sandakan mencatatka­n 15 kematian disebabkan kemalangan jalan raya.

“Statistik kematian dalam tempoh yang sama di sekitar bandar raya ini pula mencatat sebanyak 14 kematian, manakala daerah lain di seluruh negeri menunjukka­n kadar 13 kematian dan ke bawah,” katanya.

Josliw menasihatk­an pemandu supaya memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan, selain mengambil langkah keselamata­n lain seperti tidur secukupnya, menjaga jarak kenderaan dan berhatihat­i memandu.

 ?? [ FOTO LANO LAN / BH ] ??
[ FOTO LANO LAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia