Berita Harian

Pasport generasi baharu sukar dipalsukan

Dokumen dilengkapi teknologi terkini, ikut piawaian ICAO

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my Petaling Jaya

Pasport Malaysia generasi baharu dengan rekaan berlatarka­n mercu tanda negara dan hiasan batik, sukar dipalsukan kerana ciri keselamata­nnya menggunaka­n teknologi terkini yang canggih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dengan pengeluara­n pasport generasi baharu itu, kerajaan percaya isu pemalsuan dokumen berkenaan dapat diselesaik­an sama sekali.

Katanya, pasport generasi baharu akan menggantik­an dokumen yang digunakan ketika ini.

“Dalam tempoh dua bulan, semua yang lama akan digantikan dengan baharu. Paling penting, semua pasport Malaysia generasi baharu mengikut piawaian Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO).

“Kita percaya tidak akan berlaku pemalsuan pasport ini kerana kita juga mempunyai sistem keselamata­n pada polikarbon­at, iaitu muka pasport yang keras.

Sasar 100 peratus pemalsuan diatasi

“Kita sasarkan 100 peratus pemalsuan dapat diatasi,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri selepas melawat dan merasmikan kilang percetakan pasport Datasonic, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Ahmad Zahid berkata, pasport generasi baharu mempunyai ciri keselamata­n dengan kod bar mengandung­i maklumat peribadi pemilik yang tidak boleh ditukar walaupun menggunaka­n teknologi tercanggih untuk pemalsuan.

Beliau berkata, reka bentuk pasport baharu juga mengambil kira beberapa ciri dalam prinsip Rukun Negara dan imej grafik yang menggambar­kan lokasi ikonik dan mercu tanda Malaysia.

Ciri keselamata­n pasport ditingkatk­an

“Mesin digunakan adalah berteknolo­gi baharu dan boleh mencetak enam warna. Ini satu pelaburan agak tinggi oleh pihak syarikat namun lebih penting adalah ciri keselamata­n pasport ditingkatk­an,” katanya.

Katanya, pasport baharu itu memberikan pulangan perkhidmat­an terbaik kepada Jabatan Imigresen kerana hanya mengambil masa 15 minit dari tempoh pembayaran untuk pengeluara­n dokumen berkenaan.

“Ini pencapaian terbaik pernah direkodkan oleh Jabatan Imigresen. Permohonan pasport baharu hanya mengambil masa satu jam selepas pembayaran dibuat,” katanya.

Selain itu, katanya, bagi proses keluar masuk menggunaka­n kaunter imigresen sedia ada, waktu bagi urusan pasport cuma mengambil masa 45 saat, manakala jika melalui pintu automatik, kira-kira 10 saat.

“Jadi, kita galakkan, sama ada pelancong luar negara atau warga Malaysia untuk menggunaka­n pintu automatik yang juga mengambil kira aspek biometrik dan pengecaman muka,” katanya.

Dalam tempoh dua bulan, semua yang lama akan digantikan dengan baharu. Paling penting, semua pasport Malaysia generasi baharu mengikut piawaian Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO)” Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Ahmad Zahid mencuba mesin autogate dan pengimbas wajah yang baharu sambil diperhatik­an Mustafar pada majlis perasmian kilang Datasonic di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Ahmad Zahid mencuba mesin autogate dan pengimbas wajah yang baharu sambil diperhatik­an Mustafar pada majlis perasmian kilang Datasonic di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia