Berita Harian

PERWAKILAN PPBM PERSOAL UCAPAN DASAR DR MAHATHIR

Bekas PM hanya mahu balas dendam, jatuh Najib: Perwakilan

- Oleh Khairul Azran Hussin, Mohd Nasaruddin Parzi dan Norrasyida­h Arshad

Ucapan dasar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika merasmikan perhimpuna­n agung tahunan parti itu pagi semalam, mengundang rasa tidak senang dalam kalangan perwakilan­nya.

Ketua Biro Penerangan PPBM Bahagian Kuantan, Mohd Hafiz Azizi Zainudin, berkata ucapan terbabit jelas menunjukka­n dendam bekas Perdana Menteri itu terhadap kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ibarat mahu balas dendam

Katanya, sebagai persidanga­n pertama, Dr Mahathir seharusnya menyampaik­an amanat berkaitan perjuangan parti kepada ahli serta perwakilan dan bukan matlamat peribadi yang mahu menjatuhka­n Presiden UMNO itu.

“Dalam ucapannya, berulang kali Dr Mahathir cakap mahu jatuhkan Najib.

“Penubuhan parti ini ibarat mahu balas dendam kepada Najib bagi pihak Tun M yang menganggap Najib menjatuhka­n Datuk Seri Mukhriz (Timbalan Presiden PPBM),” katanya kepada BH di sini, semalam.

Mohd Hafiz berkata, sebagai generasi muda, mereka mahu satu parti yang memperjuan­gkan kepentinga­n Melayu.

Bagaimanap­un, aspek berkenaan tidak disentuh sekali gus menunjukka­n parti berkenaan tidak mempunyai arah tuju sebenar.

“Seperti sia-sia. Perjuangan parti hanya agenda peribadi dan dendam sahaja,” katanya.

Seorang lagi perwakilan yang juga Ketua Pemuda PPBM Bahagian Kuantan, Mohd Asyraf Mohamad Asri, melahirkan rasa kesal kerana generasi muda tidak berpeluang menyoal berkaitan isu terkini terhadap kepemimpin­an parti itu.

Tiada konsep demokrasi

Katanya, suara generasi muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti.

“Saya kesal kerana tiada sesi soal jawab pada persidanga­n ini. Generasi muda juga ada pandangan sendiri tetapi seperti disekat,” katanya.

Pagi semalam, ketika menyampaik­an ucapan dasar, Dr Mahathir menyatakan sebab PPBM ditubuhkan adalah untuk menjatuhka­n Najib, UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam ucapannya, berulang kali Dr Mahathir cakap mahu jatuhkan Najib” Mohd Hafiz Azizi Zainudin,, Ketua Biro Penerangan PPBM Bahagian Kuantan

 ??  ?? Mohd Asyraf Mohamad Asri Mohd Hafiz Azizi Zainudin
Mohd Asyraf Mohamad Asri Mohd Hafiz Azizi Zainudin
 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Antara perwakilan yang hadir pada Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Antara perwakilan yang hadir pada Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia