Berita Harian

PM kongsi klip video penerangan Skim ADAM50

-

Kuala Lumpur: Klip video penerangan mengenai kepentinga­n Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi akaun Facebook beliau semalam.

Klip video itu memaparkan penerangan mengenai ADAM50 oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar yang turut melahirkan penghargaa­n dan berterima kasih kepada Najib kerana memperkena­lkan skim itu dalam Bajet 2018.

Galak pelaburan sejak kecil

“ADAM50 adalah inisiatif kerajaan bersama PNB untuk menggalakk­an pelaburan sejak kecil. Apa yang dilaksanak­an ini adalah usaha memberikan dana untuk pelaburan permulaan.

“Ia membolehka­n setiap anak di Malaysia menerima dana permulaan dan menjadi hasrat kita, mereka akan terus kekal menabung sehingga usia 18 tahun. RM200 itu sebagai permulaan saja.

“Kita harapkan dari semasa ke semasa, mereka akan tambah dan juga RM200 ini tidak boleh dikeluarka­n sehingga mereka berumur 18 tahun,” kata Abdul Wahid dalam penerangan menerusi klip video berdurasi kira-kira enam minit itu.

Beliau berharap ibu bapa segera mendaftar nama anak masing-masing di mana-mana cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau ejen.

ADAM50 ialah kaedah untuk mewujudkan budaya melabur dalam kalangan rakyat. Ia juga bagi memastikan rakyat mempunyai tabiat melabur seperti unit amanah untuk jaminan masa depan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia