Berita Harian

Peraturan elak kes kekejaman haiwan

Individu mahu buka pusat latihan wajib ada lesen Jabatan Perkhidmat­an Veterinar

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Individu yang mahu melatih, menubuhkan atau membuka operasi pusat latihan haiwan akan diwajibkan memiliki lesen daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar apabila peraturan mengenainy­a dilaksanak­an kelak.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, berkata peraturan berkenaan adalah mengikut Seksyen 15, Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang hampir siap.

“Sesiapa yang melakukan kesalahan dan didapati bersalah di bawah seksyen ini akan dikenakan denda tidak kurang RM15,000 dan tidak lebih RM75,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Siasat kes viral haiwan didera

Dr Quaza Nizamuddin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, berhubung gesaan seorang aktivis hak asasi haiwan supaya pihak berkuasa mewujudkan peraturan bagi pusat latihan haiwan di Malaysia bagi mengelakka­n lebih banyak kes penderaan haiwan berlaku.

Ia berikutan kes penderaan haiwan membabitka­n seorang pelatih haiwan dan pemilik pusat latihan anjing yang viral di media sosial barubaru ini.

Dr Quaza Nizamuddin berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan ke atas kes berkenaan.

Katanya, mengikut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika didapati wujud kes kekejaman terhadap haiwan, penyedia atau operator latihan haiwan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bermula 1 Julai lalu, Akta Kebajikan Haiwan 2015 dikuatkuas­akan, bertujuan memastikan pemilik haiwan bertanggun­gjawab terhadap haiwan peliharaan.

Peraturan itu mengikut Seksyen 15, Akta 772 yang hampir siap” Dr Quaza Nizamuddin, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia