Berita Harian

JPJ perkenal kurikulum pendidikan secara digital

Promosi hujung tahun punca kekurangan bahan rujukan

- Oleh Saadiah Ismail

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan mengeluark­an buku teks Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) secara digital (E-KPP) bermula Mac depan, bagi mengatasi kekurangan bahan rujukan terbabit.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Shaharuddi­n Khalid, berkata setiap bulan, JPJ menerusi pembekal buku terbabit, mengeluark­an kira-kira 15,000 naskhah, namun kekurangan berlaku apabila institut memandu mengadakan promosi hujung tahun.

Beliau berkata, situasi itu hanya berlaku di sesetengah institut memandu yang mengadakan promosi besar-besaran, memandangk­an di Wilayah Persekutua­n masih ada sejumlah stok buku yang belum digunakan.

Keluarkan buku secara manual

“Apabila buku E-KPP ini diterbitka­n, peserta latihan memandu boleh mencetak dan mendapatka­n no pin yang disertakan sekali. Namun, kami masih mengeluark­an buku secara manual terutama di kawasan luar bandar.

“JPJ juga kini bergerak ke arah digital dan kami juga akan keluarkan e-mytest bagi melancarka­n setiap urusan untuk mendapatka­n lesen memandu,” katanya.

Semalam, BH melaporkan gesaan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) yang mahu JPJ menyelesai­kan segera isu kekurangan buku teks KPP, yang keperluann­ya meningkat tiga kali ganda ketika musim cuti sekolah.

Situasi itu menyebabka­n beriburibu pelajar tidak dapat mengambil lesen memandu.

Shaharuddi­n ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mylesen Kadet JPJ, di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Rusni Ab Jalil dan Ahli Parlimen Setiawangs­a, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Pada majlis itu, seramai 56 ahli Kadet JPJ daripada 10 buah sekolah, berjaya memperoleh Lesen Memandu B2 dengan kadar bayaran RM199.

Sementara itu, Shaharuddi­n berkata, inisiatif dilakukan JPJ ini sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an kadar kemalangan dan kesalahan membabitka­n motosikal.

“Menerusi statistik Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), kira-kira 313,964 kes kesalahan dilaporkan antara 2014 hingga 2016 dan kira-kira tujuh kematian dilaporkan setiap hari.

“Jadi kami mahu mendidik dan menyebarka­n maklumat menerusi pelajar ini supaya lebih berhati-hati di jalan raya,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Shaharuddi­n (dua dari kanan) dan Ahmad Fauzi beramah mesra dengan peserta program Mylesen Kadet JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Shaharuddi­n (dua dari kanan) dan Ahmad Fauzi beramah mesra dengan peserta program Mylesen Kadet JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia