Berita Harian

Risiko ditipu pihak ketiga tetap wujud

-

Kuala Lumpur: Majikan perlu berhati-hati menguruska­n pengambila­n pembantu rumah asing (PRA) secara terus memandangk­an risiko untuk ditipu tetap ada walaupun tanpa membabitka­n urusan dengan pihak ketiga.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, berkata keadaan itu tidak dapat dielak kerana pelbagai pihak sentiasa cuba mengambil kesempatan setiap kali kerajaan memperkena­lkan peraturan atau prosedur baharu bagi pengambila­n dan penggajian amah.

Katanya, jika sebelum ini majikan berurusan dengan agensi yang pastinya mahir dan berpengala­man dalam mencari dan memproses permohonan mendapatka­n amah, apabila urusan dilakukan sendiri pasti ada kelemahan dihadapi pihak mereka termasuk risiko ditipu.

“Dalam hal ini majikan perlu lebih berwaspada memilih calon pembantu rumah, terutama ketika membabitka­n soal penghantar­an belanja bagi membiayai kedatangan mereka dari negara sumber kerana ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatka­n wang secara mudah.

Tak tahu urusan perjalanan

“Apatah lagi kebanyakan pembantu rumah biasanya datang dari kawasan pedalaman, kampung dan tidak tahu urusan perjalanan sendiri, jadi ada baiknya jika majikan tidak membiarkan kedatangan mereka sendirian.

“Lebih baik majikan pergi sendiri ke negara sumber menguruska­n kehadiran mereka untuk mengelak ditipu pihak ketiga kelak,” katanya yang dihubungi BH, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah Jabatan Imigresen memperkena­lkan proses penggajian PRA dalam talian secara terus oleh majikan menerusi Sistem Maid Online (SMO) bermula 1 Januari ini.

Menerusi prosedur itu, permohonan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dijangka hanya mengambil masa tiga hingga lima hari, manakala proses dengan Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum lima hari.

Majikan hanya perlu membayar RM1,635 kepada Jabatan Imigresen bagi kos bayaran wajib merangkumi levi, pertukaran pas, cagaran dan pemprosesa­n berbanding RM3,000 sebelum ini atau RM12,000 hingga RM18,000 kos keseluruha­n jika menggunaka­n khidmat ejen pembantu rumah.

Engku Ahmad Fauzi berkata, langkah diperkenal­kan kerajaan itu tepat pada masanya untuk membantu meringanka­n beban majikan berikutan kos pengambila­n amah yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal jika dilakukan menerusi orang tengah.

Beliau juga mengingatk­an majikan untuk menjalanka­n tanggungja­wab dengan sewajarnya bagi menjamin hak kedua-dua pihak dilindungi mengikut peraturan dan perundanga­n.

“Perlu ada perjanjian di antara majikan dan pembantu rumah supaya memudahkan kedua-dua pihak jika wujud sebarang permasalah­an yang berbangkit di kemudian hari.

Lebih baik majikan pergi sendiri ke negara sumber menguruska­n kehadiran mereka untuk mengelak ditipu pihak ketiga” Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Presiden Persatuan MAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia