Berita Harian

Ekuinas lahir pekerja profesiona­l

ILTIZAM PDP bentuk pelatih berdaya saing, mantap kemahiran

- Oleh Nabil Basaruddin

Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menerusi ILTIZAM Program Pembanguna­n Profesiona­l (PDP) berjaya melahirkan kumpulan pekerja profesiona­l dalam pelbagai industri, seiring keperluan pasaran pekerjaan.

Program pengurusan berstruktu­r yang dilaksanak­an dalam tempoh 12 bulan itu bukan sahaja membantu graduan mendapat pekerjaan, malah ia dapat membentuk pelatih menjadi pekerja yang berdaya saing dan mampu memegang jawatan tinggi.

Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan Ekuinas, Hizwani Hassan, berkata sejak dilaksanak­an pada 2012, program itu sentiasa mendapat perhatian golongan muda, malah tahun ini, pihaknya menerima kirakira 7,000 permohonan berbanding 3,000 pada 2016.

Katanya, program latihan itu berkompreh­ensif kerana selain ditempatka­n di industri bagi memantapka­n kemahiran, pelatih PDP perlu hadir latihan dalam kelas yang diadakan secara berkumpula­n.

“Pelatih PDP turut diberi gaji RM2,500 sebulan, insurans perubatan dan cuti tahunan menjadikan ia pakej menarik, sekali gus mewujudkan suasana latihan meyakinkan.

“Malah, dianggarka­n 80 peratus pelatih mendapat pekerjaan tetap selepas tamat program latihan. Kami akan memantau hingga mereka ditawarkan pekerjaan tetap,” katanya.

Program ubah kehidupan

Pelatih PDP yang kini bersama firma audit terkemuka, Ernst & Young, sebagai perunding khidmat antarabang­sa, Mat Fazli Mat Johari, 27, berkata peluang menyertai program itu adalah penanda aras dalam kehidupann­ya untuk lebih berjaya.

Mat Fazli yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Universiti Antarabang­sa UNITAR berkata, program itu mengajarny­a supaya sentiasa optimis.

Norhilawat­i Hamzah, 31, pula tidak mendapat tawaran kerja selepas tamat pengajian tetapi keadaan berubah selepas sertai program PDP apabila kini mendapat pekerjaan.

Sejak dilaksana pada 2012, ILTIZAM Program Pembanguna­n Profesiona­l (PDP) sentiasa mendapat perhatian golongan muda, malah tahun ini, kami menerima kira-kira 7,000 permohonan” Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan Ekuinas

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Mat Fazli dan Norhilawat­i antara pelatih PDP yang kini mempunyai kerjaya tetap selepas tamat program.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Mat Fazli dan Norhilawat­i antara pelatih PDP yang kini mempunyai kerjaya tetap selepas tamat program.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia