Berita Harian

Tun M sedia bertanding antara 3 kerusi Parlimen

-

Shah Alam: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mungkin bertanding satu kerusi Parlimen sama ada Putrajaya, Kubang Pasu atau Langkawi, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau dimaklumka­n mempunyai peluang yang cerah untuk menang di kerusi berkenaan.

Berpeluang menang di Langkawi

“Saya mungkin bertanding ..... mereka bagi tahu, saya ada peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas selesai Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM di sini, semalam.

Menjawab soalan, sama ada beliau sedia menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada hukuman penjara, beliau menjawab, jawatan Perdana Menteri adalah bersifat sementara.

Raja Petra tak betul

“Semua Perdana Menteri sementara, kalau sakit dia berhentila­h, kalau mati susah sikitlah..,” katanya tidak mengulas lanjut, sama ada beliau memberi laluan kepada Anwar menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin, bahawa beliau sedang berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri II, katanya:

Henti rundingan dengan PAS

“Saya hairan kamu tanya pasal Raja Petra. Dia itu mabuk. Dia minum selalu. Dia tidak cakap betul. Dia tidak tahu apa, dia duduk London kerana dapat sogokan daripada orang tertentu”.

Bekas Perdana Menteri itu juga memaklumka­n yang PPBM, sudah menghentik­an segala bentuk rundingan dan perbincang­an kerusi pilihan raya dengan PAS, malah sedia untuk bertanding di tiga penjuru.

 ??  ?? Perwakilan mendaftar pada Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, semalam.
Perwakilan mendaftar pada Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia