Berita Harian

Polis siasat tak kira siapa: Fuzi

KPN anggap tuduhan PDRM alat pemerintah hanya pandangan peribadi Dr Mahathir

- Oleh Siti Azila Alias

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyangkal tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya pihak berkuasa itu tidak patuh undang-undang dan peraturan serta menjadi alat pemerintah­an.

“Beliau (Dr Mahathir) boleh cakap apa sahaja, itu hak dia, tetapi (polis) sebagai penguat kuasa, bila ada laporan yang diterima, jika ada asas, kita akan siasat, tidak kira siapa pun yang terbabit,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas tuduhan Dr Mahathir, kononnya pembangkan­g akan memastikan kebebasan bersuara individu dan media dikembalik­an jika gabungan DAP-PKR-PARTI Amanah Negara-parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mengambil alih pentadbira­n negara.

Kata Pengerusi PPBM itu lagi, apabila hak itu dikembalik­an, polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu daripada parti kerajaan membuat laporan terhadap ucapan rakyat, pemimpin atau media sosial supaya sesuatu yang tidak melanggar undang-undang, dijadikan jenayah untuk disiasat.

Dr Mahathir yang menyatakan demikian dalam ucapan dasarnya pada Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM, turut menuduh kononnya ugutan akan disiasat polis sudah dijadikan alat pemerintah­an ketika ini, malah mendakwa polis juga tidak patuh undang-undang dan peraturan.

Tak pernah arah mana-mana pihak

Mohamad Fuzi berkata, polis tidak pernah mengarahka­n mana-mana pihak, sama ada daripada parti kerajaan mahu pun individu tertentu untuk membuat laporan seperti dakwaan Dr Mahathir.

Sebaliknya, beliau berkata, setiap orang mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya merasakan ada isu yang memerlukan siasatan polis, bukannya atas arahan sesiapa.

Sebagai agensi penguat kuasa pula, katanya, polis menerima setiap aduan mahu pun laporan yang dibuat dan siasatan secara telus akan dilakukan sekiranya mempunyai asas untuk berbuat demikian.

“Itu (dakwaan polis menyuruh orang tertentu daripada parti kerajaan membuat laporan polis) adalah pandangan peribadi Tun (Dr Mahathir). Jadi, susah saya nak cakap (komen),” katanya lagi.

Mohamad Fuzi berkata, Dr Mahathir juga boleh membuat laporan jika ada isu yang mahukan polis menjalanka­n siasatan.

“Kalau pihak dia (Dr Mahathir) pun ada apa-apa nak buat laporan, kita terima,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia