Berita Harian

2018 tahun pilihan raya

-

2017

menutup tirainya dengan pelbagai peristiwa suka dan duka dunia politik yang polemiknya dengan bermacam isu, bagaikan tiada noktah. Esok bermula lembaran 2018, iaitu tahun pilihan raya, cuma tarikhnya sahaja kita tidak tahu - sama ada selepas Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Februari, Mac atau April. Mandat lima tahun pemerintah­an Kerajaan Persekutua­n pimpinan Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu, jika Parlimen tidak dibubar sebelum Jun. Oleh itu, pelbagai spekulasi timbul dan fokus awal bagi 2018 ini ialah mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN di ibu negara, Rabu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia