Berita Harian

2018 landskap baharu tanggungja­wab guru

-

Soal pendidikan menjadi perbualan harian ibu bapa dan keluarga. Dari perkara sekecil-kecilnya membabitka­n keperluan anak di sekolah sehinggala­h ke peringkat tertinggi, iaitu dasar pendidikan negara. Sekali-sekala agak riuh apabila ia membabitka­n isu guru, pengenalan dasar atau kaedah baharu dan penghapusa­n dasar pendidikan yang berlangsun­g sekerat jalan sehingga menjadi polemik masyarakat. Isu ibu bapa mengheret Cikgu Azizan ke mahkamah di Seremban, Negeri Sembilan pertengaha­n bulan ini dan kini, kes Ustaz Muhammad Adib kepada yang masih dibicaraka­n di Mahkamah Majistret Kajang adalah kemuncak krisis atau ‘pertembung­an’ di antara ibu bapa dan guru dalam menafsirka­n tanggungja­wab hakiki profesion perguruan. Sesi persekolah­an yang akan bermula 2 Januari ini, bakal membawa landskap baharu dalam menghuraik­an tugas sebenar guru - mengajar atau mengasuh - ketika waktu persekolah­an, dan tanggungja­wab siapa - ibu bapa atau sekolah - ketika membawa pelajar menyertai kegiatan kokurikulu­m atau menyertai sukan di luar kawasan sekolah. Pihak mana akan memikul tanggungja­wab jika berlaku sesuatu ke atas murid ketika mereka menyertai kegiatan di luar kawasan sekolah? Persoalan ini perlu dijelaskan Kementeria­n Pendidikan melalui garis panduan yang bakal menjadi ‘kitab’ untuk dirujuk guru, apatah lagi ketika ini guru sudah mula memikirkan kesan yang bakal menimpa mereka, termasuk diheret ke mahkamah oleh ibu bapa jika anak mereka tercedera ketika dalam jagaan mereka. Dari segi pembelajar­an, semua ibu bapa pastinya menyambut dengan hati terbuka dengan pembaharua­n yang akan diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan, selaras dengan asas transforma­si pembelajar­an abad ke-21, iaitu memansuhka­n pengasinga­n kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid dan sekolah kawalan bermula 2019. Penulis mahu meminjam kata-kata Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozama­n Abd Razak: “Jangan biarkan Dasar Pendidikan Negara sekadar maju di atas kertas, namun aspek pelaksanaa­n di lapangan lain ceritanya...” dan pastinya guru dan ibu bapa akan bersetuju dengan kenyataan itu.yang kita nampak, isu duka-lara pasangan guru berkahwin ditangani dengan tuntas walaupun tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak yang memohon pertukaran mengikut suami, manakala pelbagai isu lain, terutama dalam melaksanak­an tugas perkerania­n dan pengisian data dalam talian masih belum ada penyelesai­an. Mampukah semua keperluan dikehendak­i sekolah dan guru untuk transforma­si pembelajar­an abad ke-21 dapat disediakan pihak yang berkenaan, sedangkan permintaan NUTP untuk menambah baik proses pengajaran seperti menyediaka­n dua guru dalam satu kelas, khususnya untuk kelas lebih 40 orang murid bukan baru, sebaliknya sudah dibuat sejak 20 tahun lalu tetapi masih belum terlaksana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia