Berita Harian

Kerajaan Selangor perlu putuskan status tanah 52 jeti

-

Pelabuhan Klang: Kerajaan Selangor pimpinan PKR didesak memutuskan status tanah 52 jeti nelayan di negeri ini yang dibiarkan seakan-akan tergantung, sekali gus meresahkan nelayan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata selagi kerajaan negeri tidak mewartakan tanah berkenaan, tiada jaminan terhadap nasib nelayan, malah kerja baik pulih jeti juga tidak dapat dilakukan.

“Kita minta kerajaan Selangor wartakan tanah jeti itu sebagai milik nelayan. Selagi tiada status, kerajaan negeri berhak mengambiln­ya sedangkan itu adalah punca rezeki nelayan dan mereka perlukan jeti khusus yang kekal,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jualan Ikan Segar di Dataran Seri Perantau, dekat sini, semalam.

Bayar RM50,000

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pihaknya terpaksa membayar lebih RM50,000 kepada kerajaan negeri bagi membolehka­n Jeti Kampung Sungai Sembilang di Kuala Selangor dinaik taraf.

“Untuk jeti lain, ia juga kena perlu melalui proses sama, kita terpaksa keluarkan belanja besar jika mahu naik taraf jeti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia