Berita Harian

‘Bimbang keselamata­n’

Pengunjung dakwa kesan runtuhan tanah belum dibaiki

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Pembukaan semula Bukit Bendera mulai semalam, mengundang reaksi kurang selesa orang ramai berikutan kesan runtuhan di tanah tinggi itu yang belum dibaiki sepenuhnya.

Tiada penghadang diletakkan di kebanyakan lokasi tanah runtuh berhampira­n laluan pendakian dan pejalan kaki, sekali gus mencetuska­n risiko kepada pengunjung. Kebanyakan kesan runtuhan hanya dilitupi kanvas tanpa tanda amaran diletakkan.

Rata-rata pengunjung Bukit Bendera yang ditemui BH, khuatir dengan aspek keselamata­n, selain kurang selesa dengan pemandanga­n yang kini ‘dicemari’ kanvas menutupi kesan runtuhan tanah.

Fauzi Elias, 48, berkata pengunjung terpaksa lebih berhati-hati ketika melalui beberapa kawasan tanah runtuh yang dilitupi kanvas kerana khuatir ditimpa kejadian tidak diingini.

Keadaan tak menentu

“Keadaan di Bukit Bendera tidak menentu, kita tidak tahu bahaya apa akan menimpa kerana ia masih dalam tempoh pembaikan dan penyelengg­araan. Sepatutnya mereka letak penghadang di lokasi tanah runtuh,” katanya.

Nordia Mohd Amin, 46, juga terkejut dengan keadaan ketika runtuhan tanah di beberapa kawasan pejalan kaki di Bukit Bendera.

“Saya berharap tiada apaapa perkara tidak diingini sepanjang kunjungan ini kerana khuatir apabila tapak runtuhan tanah hanya ditutupi kanvas dan tidak dihadang atau tiada papan tanda amaran diletakkan berhampira­n,” katanya.

Bukit Bendera ditutup selepas diklasifik­asikan sebagai zon merah, ekoran kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, 5 November lalu. Ia bagi membolehka­n kerja baik pulih dan pembersiha­n landasan funikular, laluan jip, pendakian dan jalan utama dilakukan.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), Cheok Lay Leng, ketika berucap pada majlis pembukaan semula Bukit Bendera, berkata mengakui kerja pemulihan masih di peringkat permulaan.

 ?? [SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Antara kesan tanah runtuh yang masih kelihatan di Bukit Bendera.
[SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Antara kesan tanah runtuh yang masih kelihatan di Bukit Bendera.
 ??  ?? Nordia Mohd Amin
Nordia Mohd Amin
 ??  ?? Fauzi Elias
Fauzi Elias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia