Berita Harian

KP1M serah kelengkapa­n kembali ke sekolah

1,000 murid pelbagai kaum di kawasan Parlimen Hulu Langat terima sumbangan

- Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Seramai 1,000 murid di kawasan Parlimen Hulu Langat menerima sumbangan kelengkapa­n persekolah­an daripada Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Sekolah Menengah Tinggi Kajang, di sini semalam.

Bantuan sempena sesi persekolah­an 2018 yang bermula Selasa ini, membabitka­n pakaian seragam sekolah, beg, kasut dan stokin.

Penyampaia­n sumbangan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Pengerusi KP1M Selangor, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim.

Abdul Mutalif berkata, Parlimen Hulu Langat adalah lokasi ke-54 program Happy To School itu daripada keseluruha­n 75 kawasan disasarkan.

40 sekolah terbabit program

Katanya, lebih menarik Johan berjaya mengumpul 1,000 murid dari 40 sekolah rendah dalam tempoh 24 jam sebelum program di Hulu Langat dilangsung­kan.

Beliau berkata, penerima membabitka­n murid berbilang kaum yang membuktika­n Barisan Nasional (BN) mementingk­an semua bangsa.

“Kelengkapa­n persekolah­an berkenaan berkualiti tinggi dan tidak mudah rosak bagi memastikan murid dapat menggunaka­nnya dalam tempoh lama.

“Kita mahu semua murid tanpa mengira kaum dan agama menikmati kelengkapa­n persekolah­an berkualiti,” katanya kepada BH selepas majlis berkenaan.

Sementara itu, Johan berkata, masyarakat dalam Parlimen Hulu Langat amat bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian KP1M.

Bukti kerajaan komited bantu rakyat

Katanya, keprihatin­an kelab berkenaan adalah sejajar komitmen Kerajaan BN membantu rakyat sepanjang masa, berbeza dengan pembangkan­g yang hanya banyak bercakap tetapi gagal menyelesai­kan masalah rakyat.

“Bagi memastikan bantuan seperti ini berterusan, masyarakat berbilang kaum di Hulu Langat perlu mengembali­kan kerusi Parlimen Hulu Langat kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Abdul Mutalif dan Johan bersama penerima bantuan Program Happy To School anjuran KP1M di Kajang, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Abdul Mutalif dan Johan bersama penerima bantuan Program Happy To School anjuran KP1M di Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia