Berita Harian

Semai patriotism­e dari prasekolah

-

Kuala Lumpur: Pendidikan Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara harus bermula dari prasekolah kerana subjek itu tunjang kepada pembentuka­n masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling menghormat­i.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pengenalan kepada subjek berkenaan dapat mewujudkan semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda.

“Penerapan nilai positif dan murni ditekankan dalam prinsip Rukun Negara dan dijamin Perlembaga­an Persekutua­n juga perlu berterusan sehingga ke peringkat universiti melalui kaedah lebih interaktif.

“Apa yang lebih penting, semua nilai positif dan murni ini perlu diamalkan sejak kecil sehingga ia menjadi budaya sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Junjung titah Sultan Selangor

Katanya, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah barubaru ini mengenai pentingnya masyarakat memahami sejarah dan Perlembaga­an Persekutua­n perlu dijunjung semua pihak dan dilaksanak­an sebaik mungkin.

“Semua pihak perlu didedahkan dengan Perlembaga­an Persekutua­n serta sejarah negara sejak peringkat prasekolah agar mereka faham, hormat hak, kepercayaa­n dan amalan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa.

“Ia juga akan membantu pelajar memahami proses pembentuka­n negara dan Perlembaga­an agar mereka dapat mengambil iktibar daripada sejarah, tidak ulang kesilapan yang menyebabka­n negara menjadi mangsa penjajahan,” katanya.

Bagi peringkat awal alam persekolah­an, beliau berkata, pendedahan perlu dilaksanak­an secara kreatif agar tidak membosanka­n dan mudah difahami anak kecil menerusi teknologi terkini seperti pendekatan multimedia interaktif.

“Kanak-kanak sangat mudah terima apa diajar dan diterapkan di peringkat awal pembesaran. Pendedahan menarik mengenai Perlembaga­an Persekutua­n dan sejarah negara akan tersemat dalam sanubari mereka sehingga dewasa,” katanya.

Lam Thye berkata, dengan kesedaran dan pemahaman yang tinggi mengenai Perlembaga­an dan sejarah negara, rakyat akan sentiasa menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik.

“Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mampu hidup aman dan saling menghormat­i. Sebagai contoh, majlis perayaan satu kaum tertentu turut diraikan oleh kumpulan etnik yang lain,” katanya.

 ??  ?? Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia