Berita Harian

Dana guaman Ustaz Adib dilancar

-

Kuala Lumpur: Persatuan Gerakan Kebangkita­n Pendidik Kebangsaan (Pendidik) melancarka­n kutipan dana bagi membantu kos guaman guru Kelas al-quran dan Fardu Ain (KAFA), Muhammad Adib Abd Halim Yahaya.

Presiden Pendidik, Normala Sudirman, berkata pihaknya percaya tidak ramai tahu kes itu sehingga kejadian Cikgu Azizan Manap dihadapkan ke Mahkamah Seremban.

“Sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah, kami melancarka­n ‘Dana Untuk Ustaz Adib’ bagi meringanka­n beban kos guamannya,” katanya menerusi kenyataan media.

Tuduhan merotan pelajar

Normala berkata, guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra di Kajang itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang 26 Disember lalu atas tuduhan merotan pelajar dengan perbicaraa­n ditetapkan pada 6 dan 7 Februari depan.

Muhamad Adib, 23, yang berkhidmat sebagai guru KAFA selama tiga tahun, didakwa mengenakan hukuman rotan pada bahagian kaki empat pelajar berusia 11 tahun yang enggan dan melengahka­n solat pada 17 Ogos lalu.

Akibat tindakanny­a, dia dihadapkan ke mahkamah dan dibicaraka­n bermula 27 September lalu dengan diwakili peguam, Ahmad Azim Daniel Gurpreet Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia