Berita Harian

Beri kepercayaa­n guru didik anak

Ibu bapa tak puas hati diminta ke sekolah bincang

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Ibu bapa perlu terus memberi kepercayaa­n kepada pihak sekolah untuk melatih dan mendidik anak mereka supaya menjadi insan berguna pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata ada segelintir ibu bapa terlalu melindungi anak sehingga menimbulka­n masalah apabila berdepan dengan masyarakat atau mula bersekolah menengah.

“Saya faham ibu bapa sekarang terlalu melindungi anak umpama berlian kerana jumlah anak yang sikit, berbanding sebelum ini yang mempunyai anak sehingga tujuh atau 10 orang.

“Bagaimanap­un, itu menyebabka­n mereka mudah mengalah kerana tidak dilatih menjadi cekal. Sekolah dengan bantuan guru, adalah tempat sesuai melatih dan mendidik anak,” katanya.

Perlu beri sokongan

Beliau yang ditemui media selepas Majlis Pemberian Kasut Sekolah di Sekolah Kebangsaan Ampangan di sini semalam, mengulas tindakan segelintir ibu bapa yang sanggup saman guru kerana didakwa mencederak­an atau mendenda anak mereka di sekolah.

Sin Woon berkata, ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru untuk mengajar anak dengan baik, tetapi sudah pasti tidak sehingga mencederak­an anak mereka.

“Jika ibu bapa tidak berpuas hati dengan tindakan guru, datang ke sekolah berbincang dengan baik, bukan bawa kes sehingga ke mahkamah kerana itu tidak akan menyelesai­kan masalah,” katanya.

Beliau percaya tindakan segelintir ibu bapa yang sanggup menyaman guru mungkin bersifat dendam, atau ingin menjaga air muka kerana anak dimalukan di khalayak ramai.

Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru untuk mengajar anak dengan baik, tetapi sudah pasti tidak sehingga mencederak­an anak mereka” Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II

 ??  ?? Sin Woon beramah mesra dengan pelajar sempena Majlis Pemberian Kasut Sekolah di SK Ampangan, Seremban, semalam.
Sin Woon beramah mesra dengan pelajar sempena Majlis Pemberian Kasut Sekolah di SK Ampangan, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia