Berita Harian

Anak belasah bapa guna kayu

Suspek mengamuk di bawah pengaruh dadah kena tahan

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membelasah dan memukul bapanya dengan kayu sepanjang 0.6 meter di rumah mereka di Kubang Semang, dekat sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa berusia 72 tahun cedera pada tangan dan kaki. Suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika insiden terbabit.

Duduk atas mangsa

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata mangsa memaklumka­n anak ke-10 daripada 11 beradik itu tiba-tiba mengamuk lalu terus meluru memukulnya di depan rumah mereka.

“Suspek meluru dan menumbuk mangsa hingga terjatuh, kemudian duduk di atas badan bapanya dan memukul menggunaka­n kayu hingga mangsa cedera pada tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah, melarikan diri sebaik perbuatann­ya disedari ahli keluarga mereka, manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Kubang Semang tidak lama selepas kejadian.

“Polis menahan suspek pada jam 4.25 petang apabila dia pulang ke rumah berkenaan. Polis turut merampas kayu yang digunakan suspek ketika memukul mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia