Berita Harian

Lelaki maut tunggang motosikal lawan arus

-

Johor Bahru: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang­nya secara melawan arus dirempuh kereta di Kilometer 3.1 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) arah ke Pandan, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais, berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun dari Taman Bukit Indah, di sini, maut akibat cedera parah pada kepala.

Katanya, kemalangan itu apabila pemandu kereta berusia 23 tahun gagal mengelak motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentang­an.

Maut di tempat kejadian

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal yang dipercayai melawan arus datang dari arah susur turun Jalan Pasir Pelangi dan pemandu kereta dari arah pusat bandar ke Pandan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di bahagian kepala, manakala wanita yang memandu kereta Mazda dibawa ke Hospital Pakar Puteri untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

 ??  ?? Keadaan motosikal mangsa akibat dirempuh kereta selepas dipercayai menunggang melawan arus di Kilometer 3.1 Lebuhraya Penyuraian Timur, Johor Bahru, awal pagi semalam.
Keadaan motosikal mangsa akibat dirempuh kereta selepas dipercayai menunggang melawan arus di Kilometer 3.1 Lebuhraya Penyuraian Timur, Johor Bahru, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia