Berita Harian

Port Dickson janjikan cuti penuh pengisian

Lexis Hibiscus tawar penginapan mewah, naiki bot menyusuri Selat Melaka

- Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my Oleh

Sebelum sampai ke resort di atas laut yang terbesar di dunia ini, penulis beranggapa­n mungkin tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan berbanding resort di atas darat.

Bagaimanap­un, sangkaan itu meleset sebaik menaiki ‘buggy’ dari bangunan utama (lobi) menuju ke rumah api kelab atau Lighthouse Club terletak di tengah binaan berbentuk bunga raya untuk mendaftar bilik.

Perjalanan hanya beberapa minit itu menghidang­kan suasana berbeza daripada apa yang difikirkan sebaik melihat kanak-kanak seronok mengayuh basikal bersama keluarga sambil menghirup udara laut pada sebelah petang.

Buggy merah yang disediakan khas untuk tetamu Lexis Hibiscus Resort, pula bersimpang-siur mengangkut penumpang yang ingin keluar dan melalui setiap lorong untuk menghantar tetamu ke vila atau bilik masing-masing.

Tetamu disambut irama menenangka­n sebaik melangkah ke dalam vila yang boleh memuatkan empat orang pada satu masa.

Lengkap mandian wap

Setiap villa yang terdapat di resort ini dilengkapi kolam renang dan bilik mandian wap persendiri­an yang pastinya membuatkan penghuniny­a enggan meninggalk­an bilik.

Selepas makan tengah hari di Restoran Jepun Umi, tetamu mendaftar di lobi bangunan utama untuk menyertai aktiviti memberi ikan makan di Selat Melaka dengan menaiki bot.

Bot yang dinaiki berbeza dengan bot biasa kerana bahagian tengah bawah bot dibina dengan cermin bagi membolehka­n anda melihat air laut.

Pengunjung berpeluang menerokai Selat Melaka melalui lautan, jangan lepaskan peluang menikmati panorama resort dan pantainya melalui udara dengan helikopter.

Helikopter yang memuatkan tiga penumpang tidak termasuk juruterban­g itu membawa anda meninjau keliling resort dan pantai Pasir Panjang selama tujuh minit.

Tinjau keindahan dari udara

Anda berpeluang menyaksika­n keindahan binaan resort berbentuk bunga raya, bukit dan laut yang indah.

Turun helikopter, pengunjung boleh menikmati keindahan matahari terbenam di Laut China Selatan dengan menaiki bot khas sambil menyedut udara malam yang nyaman.

Aktiviti diteruskan dengan menikmati makan malam di Wave Dining, terletak di tingkat dua Lighthouse Club.

Sebelum kembali ke vila, manjakan diri dengan urutan di Lex Spa yang terletak di tingkat dua, bangunan utama.

Hari kedua diteruskan dengan aktiviti Hibiscus Walk di tepi pantai yang menyediaka­n aktiviti luar seperti taman tema dan memanah.

Penulis meneruskan perjalanan pulang ke bandaraya Kuala Lumpur dengan memandu Proton Saga baharu yang begitu mudah dikendalik­an untuk sesi percutian singkat dan menarik ini.

Rekaannya yang sederhana dilengkapi teknologi terkini, termasuk kamera undur yang diletakkan di cermin sisi belakang serta kawalan radio di stereng menjadikan perjalanan lancar dan tidak memenatkan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pengunjung boleh menikmati panorama resort dan pantainya dengan helikopter.
Pengunjung boleh menikmati panorama resort dan pantainya dengan helikopter.
 ??  ?? Setiap villa yang terdapat di resort ini dilengkapi kolam renang.
Setiap villa yang terdapat di resort ini dilengkapi kolam renang.
 ??  ?? Proton Saga baharu melancarka­n perjalanan
Proton Saga baharu melancarka­n perjalanan
 ??  ?? Menikmati keindahan matahari terbenam.
Menikmati keindahan matahari terbenam.
 ??  ?? Ruang luas bilik memberikan keselesan.
Ruang luas bilik memberikan keselesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia