Berita Harian

Tunisia janjikan kembaraan unik, hebat

Saksikan kehidupan Berber, peluang petik kurma segar

-

Kbminggu@bh.com.my

embara ke Tunisia baru-baru ini tidaklah dirancang, namun pengalaman mengunjung­i negara ini sangat meninggalk­an kesan dengan pengalaman yang sungguh berharga.

Tunisia terletak di bahagian utara benua Afrika dengan keluasan yang hampir sama dengan England, bersebelah­an Algeria di barat, Libya di selatan dan berhadapan Laut Mediterran­ean di utara. Kedudukan ini memberikan kelebihan kepada industri pelanconga­n Tunisia kerana satu pertiga daripada negara ini terletak di gurun Sahara di selatan.

Kedudukan yang sangat strategik ini menyebabka­n pertembung­an budaya Rom, Arab dan Uthmanuyah Turki dengan populasi 11 juta penduduk.

Setelah hampir lapan jam penerbanga­n dari Kuala Lumpur dan singgah di Jeddah, kami meneruskan perjalanan ke Tunis, ibu negara Tunisia yang mendapat kemerdekaa­n daripada Perancis pada 1956.

Sehingga kini, Tunisia masih bergelut untuk meningkatk­an ekonomi dengan hasil pertanian, terutama buah kurma. Tunisia terkenal dengan pengeluara­n tekstil bermutu tinggi yang dieksport ke beberapa negara Kesatuan Eropah. Tumpuan utama Tunisia kini untuk membangunk­an infrastruk­tur dan bidang pendidikan.

Koliseum peninggala­n tamadun Rom

Menurut Othman, pemandu pelancong kami, keadaan ekonomi dan politik di Tunisia semakin stabil. Kehidupan penduduk juga bertambah baik. Belia semakin ramai mendapat pendidikan dan memenuhi peluang pekerjaan.

Kembara di Tunisia bermula dengan lawatan ke pekan El Jemm, iaitu koliseum yang dibina penjajah Rom pada 230 sebelum Masihi. Koliseum ketiga terbesar di dunia selepas di Rom dan Capua. Cuaca dingin memberikan kesempatan melawat seluruh koliseum ini, terutama melihat keindahan mozek yang cantik.

Perjalanan diteruskan untuk mengunjung­i beberapa keluarga berbangsa Berber yang mendiami rumah di bawah tanah di kawasan bukit kecil sepanjang jalan di Matmatta. Berber adalah penduduk asal Tunisia. Budaya serta adat kaum ini begitu unik dengan hiasan kain ambal pelbagai warna di dinding rumah mereka. Penghuni di ini tinggal dalam kelompok keluarga yang besar.

Lawatan di Matmatta disudahi dengan makan tengah hari di restoran bawah tanah, iaitu Diar Matmatta.

Setelah hampir 150 kilometer perjalanan, kami mendekati Bandar Kebili dan Tozeur berdekatan gurun Sahara. Pengunjung ke sini berpeluang menunggang unta dan mengendali­kan pacuan empat roda merentasi padang pasir Sahara yang sangat menakjubka­n.

Kembara di Tunisia pada bulan Oktober juga memberi peluang pelancong melihat sendiri musim buah kurma. Pengalaman memetik buah kurma begitu menyeronok­kan dan membelinya dengan bayaran 3 dinar sekilogram mengikut harga ladang. Satu dinar bersamaan RM1.60.

Keindahan tasik garam mempesonak­an

Kami juga membeli kurma segar untuk dibawa pulang dan bermalam di hotel El

 ??  ?? Warna bangunan putih biru di Sidi Bou Said tepati tema pantulan air laut biru.
Warna bangunan putih biru di Sidi Bou Said tepati tema pantulan air laut biru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia