Berita Harian

Guatemala tetap pindah kedutaan

-

Guatemala City: Menteri Luar Guatemala menegaskan, kelmarin, rancangan Presiden Jimmy Morales untuk memindahka­n kedutaan negara di Israel ke Baitulmaqd­is akan diteruskan dan meminta pengkritik untuk menghormat­i keputusan negara itu.

“Ini keputusan yang sudah dibuat. Ia tidak akan ditarik balik,” kata Sandra Jovel kepada wartawan ketika upacara memperinga­ti berakhirny­a perang saudara Guatemala pada 1996.

“Pemerintah Guatemala sangat menghormat­i keputusan yang diambil oleh negara lain, dan memandangk­an kami menghormat­i keputusan itu, kami percaya orang lain juga harus menghormat­i keputusan Guatemala,” tambahnya sebagai maklum balas terhadap kritikan termasuk oleh rakyat Palestin.

Ahad lalu, Morales tanpa disangka mengumumka­n pemindahan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is di media sosial, selepas Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk langkah sama oleh Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman itu menjadikan Guatemala negara pertama mengikut keputusan kontrovers­i AS membabitka­n bandar suci itu.

Israel mendakwa seluruh Baitulmaqd­is sebagai ibu kotanya, sementara Palestin menganggap timur Baitulmaqd­is sebagai ibu kota yang bakal diduduki mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia