Berita Harian

Pesalah kes skim haram kena penjara 13,275 tahun

Warga Thailand tipu 40,000 pelabur babit RM649.8J

-

Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhka­n hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang penipu skim pelaburan haram, semalam.

Tertuduh, Pudit Kittithrad­ilok, 34, mengaku menjalanka­n satu skim Ponzi ketika dia menjanjika­n pelanggan untuk mendapat pulangan kewangan yang tinggi.

Dengan penipuanny­a itu, dia memperdaya­kan 40,000 orang untuk melabur lebih AS$160 juta (RM649.8 juta).

Justeru, mahkamah mendapati dia terbabit dengan pinjaman haram dan 2,653 tuduhan penipuan.

Hasil pengakuann­ya itu, separuh hukuman itu dikurangka­n kepada 6,637 tahun dan enam bulan.

Bagaimanap­un, mengikut undang-undang, lelaki itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun penjara mengikut tempoh penjara yang sebenar.

Keuntungan luar biasa

Pendakwa raya memberitah­u mahkamah bahawa Pudit menganjurk­an seminar di mana peserta dikehendak­i melabur dalam perniagaan yang dikaitkan dengan pembanguna­n hartanah, kecantikan, kereta terpakai, eksport dan lain-lain.

Menurut Bangkok Post, pelabur dijanjikan pulangan keuntungan yang luar biasa dan ditambah dengan insentif untuk membawa ahli baru menyertai bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia