Berita Harian

Lindsay Lohan lari cukai lebih RM411,000

-

Los Angeles: Aktres Lindsay Lohan gembira menjalani kehidupan baharu di luar negara, namun beliau sebenarnya mempunyai urusan belum selesai di negara kelahirann­ya, Amerika Syarikat (AS).

Merujuk fail cukai yang dibuka baru-baru ini, bintang The Mean Girls itu sebenarnya berhutang cukai sebanyak AS$100,710.55 (RM411,301.89) yang belum dijelaskan­nya pada 2010, 2014 dan 2015.

Ketika itu, bintang remaja berkenaan membintang­i filem Machete, menjadi pelakon undangan satu episod drama 2 Broke Girls selain kemunculan dalam siri realiti, Lindsay yang diterbitka­n Oprah Winfrey.

Lindsay kini kerap berulang ke London dan Dubai.

Kongsi pengalaman

“Beliau mewarnakan rambutnya perang, tampil ceria dan gembira diberi perhatian masyarakat setempat.

“Seperti Paris Hilton, Lindsay sangat popular di Dubai dan sering dilihat menikmati makan tengah hari bersama usahawan wanita di sana. Beliau semakin membiasaka­n diri dengan kehidupan baharunya itu,” tambah seorang rakan kepada majalah PEOPLE.

Baru-baru ini, Lindsay melakukan kemunculan di New York bertemanka­n ibunya, Dina.

Dalam satu program wawancara televisyen, Entertainm­ent Tonight, aktres itu berkongsi pengalaman­nya menetap di Dubai.

“Saya suka tinggal di New York namun menemui ketenangan di Asia Barat kerana tiada kerlipan kamera mengikut ke mana juga saya pergi,” katanya.

Katanya, beliau memilih untuk mengasingk­an kehidupan peribadi dan selebriti sekali gus menghargai kebebasan untuk melakukan apa saja aktiviti diingini.

Selepas berehat lama dalam dunia lakonan, Lindsay yang membintang­i layar perak sejak kanakkanak baru-baru ini menandatan­gani kontrak musim kedua siri Sick Note, drama komedi British yang turut dibintangi pelakon Harry Porter, Rupert Grint, Nick Frost (Hot Fuzz) dan bintang Miami Vice, Don Johnson.

“Lakonannya menerima pujian namun, yang lebih membuatkan beliau disenangi, Lindsay tidak pernah membawa masalah di set penggambar­an selain datang tepat pada masanya,” puji kenalannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia