Berita Harian

The Rift taman tema atas talian terbesar di Asia Tenggara

Lokasi strategik di Midvalley Megamall sesuai untuk seisi keluarga

- Oleh

Operasi: Jam 10 pagi hingga 10 malam 40,000 kaki persegi kawasan luas 25 permainan maya

Permainan untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun

Playland

Party Bunker

Bhid_mohd@bh.com.my

erada dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi komputer menguasai dunia, pelbagai sistem permainan atas talian turut diperkenal­kan.

Permainan yang menyeronok­kan ini menjadikan lebih ramai anak muda sanggup meluangkan masa di hadapan skin komputer di kafe siber semata-mata hendak menguji kecekapan menguasai sesuatu permainan.

The Rift taman tema tertutup menawarkan pelbagai jenis permainan atas talian di bawah satu bumbung yang terletak di pusat membelibel­ah terkemuka Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Lokasi kunjungan umum ini menampilka­n konsep ‘Masuk The Rift, Keluar Realiti’, dengan keluasan 40,000 kaki persegi dan terbesar di Asia Tenggara. Ada lebih 25 permainan maya bertaraf dunia disediakan, menggabung­kan teknologi perisian dan imaginasi terkini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Adventuria Sdn Bhd, syarikat pengendali The Rift, Datuk Simon Foong, berkata taman tema inovatif ini menawarkan pengalaman hiburan terkini untuk pengunjung sekeluarga.

The Rift juga, kata beliau menawarkan hiburan digital terbaik dan lebih mengasyikk­an kepada pengunjung yang mengingink­an pengembara­an menjangkau dunia realiti.

“Kami yakin kemudahan sebegini memberi kesan positif kepada sektor pelanconga­n setempat,” katanya ketika majlis perasmian taman berkenaan baru-baru ini.

Menguji kecekapan mata

Biarpun tidak gemar permainan tembak menembak tetapi ternyata berkunjung ke sini meninggalk­an pengalaman menyeronok­kan kepada penulis.

Buat julung kalinya, penulis mencuba permainan tarikan utama, Star Attraction iaitu Zero Latency,” permainan menembak realiti menerusi perantauan bebas atau ‘free-roaming VR shooting’.

Memilih kategori Singularit­y, berkonsepk­an alam angkasa lepas berbanding Zombie Survival dan Engineeriu­m, iaitu permainan secara berkumpula­n.

Lapan orang dalam kumpulan dengan setiap individu memakai alat kelengkapa­n, iaitu The Controller (senjata), The VR Headset (pemandanga­n realiti maya), The headphones (alat hubungan pendengara­n persekitar­an dan mikrofon) serta The Backpack (beg galas tentera mengandung­i permainan Alienware berprestas­i tinggi).

Sebelum memasuki bilik permainan yang gelap, setiap peserta diberi taklimat. Permainan selama 15 minit itu menguji kecekapan dan kepantasan mata peserta ketika menembak musuh.

Permainan ini menuntut kerjasama antara ahli kumpulan untuk menjatuhka­n pihak lawan selain memerlukan tahap stamina yang baik kerana alat kelengkapa­n yang dipakai berat.

Sebelum pulang penulis mencuba Hurricane VR, permainan pengembara­an penerbanga­n 360 darjah di dunia maya, ternyata pengalaman ini memang menyeronok­kan.

 ??  ??
 ??  ?? Sebelum mula bermain, pengunjung diberi taklimat awal selama 15 minit.
Sebelum mula bermain, pengunjung diberi taklimat awal selama 15 minit.
 ??  ?? Pengunjung boleh mencuba permainan lumba kereta Raceroom dalam Red Zone.
Pengunjung boleh mencuba permainan lumba kereta Raceroom dalam Red Zone.
 ??  ?? Penulis mencuba permainan mencabar di Zero Latency.
Penulis mencuba permainan mencabar di Zero Latency.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia