Berita Harian

Tanaman perlu penjagaan sempurna

-

Pemerhatia­n penulis mendapati, gugusan rona hitam anggur cukup menyelerak­an dan berharap dapat berkunjung ke sini kembali pada musim anggur masak. Jadi, kepada pengunjung, sebelum ke lokasi ini, elok menghubung­i pengusaha terlebih dahulu bagi memastikan anda berpeluang merasai pengalaman memetik anggur.

Kata pemilik ladang, antara cabaran menjaga tanaman anggur adalah cuaca. Ini kerana faktor utama bagi memastikan anggur yang ditanam menghasilk­an buah berkualiti. Selain benih, cara penjagaan juga memainkan peranan.

Selain menikmati ‘keindahan’ anggur yang tumbuh segar, ada petua untuk menikmati buahbuahan istimewa ini.

Kongsi pemilik ladang, ada teknik terbaik makan anggur. Caranya dengan menggigit bahagian kulit anggur dengan ‘daging’ (isi melekat pada kulit) anggur, kemudian barulah anda makan isinya secara keseluruha­n. Ini memastikan anda dapat menikmati jus dan kerangupan sebenar.

Selain itu, enzim pada bahagian kulit yang dilihat seolah-olah tepung juga digalakkan kita memakannya kerana mempunyai khasiat tinggi untuk kesihatan tubuh.

Anggur segar lebih manis

Kata beliau, di ladang itu, biasanya, pengunjung digalakkan membasuh sedikit saja kulit anggur kerana tiada semburan kimia digunakan pada buah anggur supaya enzim buah tidak hilang.

Difahamkan, anggur yang dipetik terus dari ladang bukan saja manis tetapi mengeluark­an aroma yang begitu mengasyikk­an.

Anggur jenis Kwo Ho baka Jepun ini, akan melalui fasa ranum bermula dengan warna hijau, merah, ungu dan kemudian hitam likat.

Justeru, bagi yang berminat, bolehlah mengunjung­i ladang anggur milik KC Kwang ini kerana ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Malah, jika anda tidak berniat sekalipun untuk membeli, boleh datang untuk ‘cuci mata’ dengan melihat secara dekat penanaman anggur tanah tinggi secara percuma.

Tidak kurang berpeluang berselfie sebagai tanda kenangan bersama keluarga nanti.

 ??  ??
 ??  ?? Benih diimport dari Jepun lebih manis.
Benih diimport dari Jepun lebih manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia