Berita Harian

Kongsi makan dalam satu pinggan

Kaedah kreatif pemilik restoran Bigfood tingkat selera pelanggan

-

Mhid_mohd@bh.om.my

enikmati sajian istimewa akan menjadi lebih bermakna jika anda meraikanny­a bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Konsep makan beramai-ramai ini bukan sekadar menambah selera, sebaliknya berupaya mengeratka­n hubungan silaturahi­m. Masa bersama pastinya akan lebih bermakna dengan hidangan lazat.

Supreme Grill hidangan sajian yang dihidangka­n di Restoran Bigfood F&B, di Johor Bahru, pastinya memenuhi selera anda.

Pengurus restoran, Mohammad Tarmizi Abu Hamid, berkata konsep pinggan besar bertujuan memberi kepuasan kepada pelanggan yang gemar menjamu selera bersama keluarga.

Pelanggan datang secara berkumpula­n, kata beliau biasanya makan dengan penuh berselera. Hidangan dalam pinggan besar banyak dan selalunya habis kerana mereka berkongsi makanan.

“Berbeza dengan pelanggan yang datang secara individu atau pasangan. Masing-masing cenderung menjamah sedikit-sedikit kerana banyak masa dihabiskan untuk berbual berbanding menikmati makanan.

“Saya gembira apabila pelanggan dapat menikmati sajian dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sajian istimewa pembuka selera

Menggunaka­n tagline ‘Jangan Makan Seorang!’ untuk menu terbesar Supreme Grill ini, makanan seperti daging lembu, bahu kambing dan sosej diperap dengan ramuan perasa barbeku sebelum dipanggang sempurna.

Pinggan besar itu juga diisi dengan tulang rusuk lembu, daging hiris, daging salai peperoni, sosej jumbo, hirisan salami dan hirisan ayam belanda. Supreme Grill pula ditambah dengan kentang putar atau kentang goreng.

Bunyinya biasa, tetapi sebaik mencapai daging tebal membaluti tulang rusuk lembu dan mencecah ke lidah, kunyahan pertama pastinya memukau deria rasa penulis. Terasa keenakan sebenar perasa sos barbeku eksklusif Bigfood F&B yang bercampur dengan jus daging.

Rasa manis dan masin di dalamnya seimbang, malah paling penting kualiti dagingnya yang empuk dan mudah dikunyah.

Supreme Grill yang boleh dimakan seramai tiga atau empat orang ini ditawarkan pada harga sungguh berpatutan dan pelanggan pastinya berpuas hati. Penulis berikan lima bintang untuk hidangan ini. Sajian popular lain antaranya Kapten Lamb’s Honey Grilled, Beef Burger (burger daging),

Pasta makanan laut menyelerak­an

Antara menu enak wajib dicuba iaitu Spaghetti Meatball Bolognese X Carbonara. Bukan pasta biasa, mereka yang memiliki cita rasa berbeza tidak perlu berebut, sebaliknya boleh menikmati dua sajian jenis berlemak krim keju dan perasa tomato dalam satu pinggan bersaiz besar.

Beberapa sajian lain yang turut membangkit­kan selera antaranya Seafood Risotto, menu sajian Itali yang menggabung­kan makananlau­tsegaryang menyelerak­an seperti kupang, udang dan sotong yang disumbat kentang.

Selain lebih 100 pilihan menu sajian barat, berbagai aneka makanan Melayu seperti nasi dan me seperti goreng ketam, goreng tomyamdanm­akanan laut turut disediakan khas untuk mereka yang tetap dengan cita rasa tempatan. Paling istimewa ialah merajaayam­pandan.

Sepanjang penulis di Bigfood, restoran dua tingkat dengan kapasiti 200 pelanggan pada satu masa, tidak putus-putus dikunjungi dan ada juga pelanggan yang menyambut hari lahir mereka di sini.

Susun atur ruang dalam Bigfood berkonsep industrial dan “brickwall” dari Itali`, sangat selesa. Premis ini turut menggunaka­n batu angin bagi melancarka­n proses pengudaraa­n secara semula jadi.

 ??  ?? Supreme Grill hidangan paling besar di Bigfood.
Supreme Grill hidangan paling besar di Bigfood.
 ??  ?? Spaghetti Meatball Bolognese X Carbonara
Spaghetti Meatball Bolognese X Carbonara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia