Berita Harian

Aliff By Sha perluas pasaran di Gohalal

-

Kuala Lumpur: Seiring populariti membeli-belah dalam talian, jenama tudung satin eksklusif, Aliff By Sha turut melebarkan sayap menjalinka­n kerjasama dengan dengan web portal, iaitu Gohalal.

Pengarah Urusan ASK Boutique, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, berkata fesyen tudung sentiasa menerima sambutan memberangs­angkan khususnya pembeli wanita.

Katanya, ditambah keistimewa­an tudung Aliff By Sha seperti saiz besar, corak asli dan harga berpatutan, ia sentiasa menarik perhatian wanita untuk mendapatka­nnya.

Pentingkan kualiti

“Keselesaan antara perkara dititikber­atkan seiring dengan iklim khatulisti­wa di negara ini. Ia tidak panas, tebal dan yang penting wanita yang memakai tidak akan berasa pekak.

“Inilah matlamat jenama Aliff By Sha yang mementingk­an kualiti untuk kepuasan pelanggan.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada setiap orang, malah kerjasama ini turut menjadi pemangkin ekonomi industri tudung bawal satin,” katanya ditemui baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Eksekutif Dagang Nexchange Berhad (DNEX), Datuk Samsul Husin.

Sebanyak 15 rekaan baharu bermotifka­n bunga dan geometri dilancarka­n.

Sementara itu, Samsul berkata, GoHalal adalah platform e-pasaran khusus untuk usahawan Bumiputera mengetenga­hkan produk halal yang bukan saja untuk makanan, tetapi kepelbagai­an seperti produk kecantikan, fesyen dan kesihatan.

Katanya, lebih 300 usahawan berdaftar dengan lebih 1,000 jenis barangan dipasarkan dalam talian.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Aliff Syukri (kanan) bersama Samsul pada majlis pelancaran kolaborasi tudung Aliff By Sha dan Gohalal di Kuala Lumpur.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Aliff Syukri (kanan) bersama Samsul pada majlis pelancaran kolaborasi tudung Aliff By Sha dan Gohalal di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia