Berita Harian

Lunas impian tak tercapai

Liza Hanim berharap dapat jayakan showcase pada 2018 demi peminat setia

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Ibarat judul lagu nyanyianny­a dua dekad lalu, Siapa Sangka

Siapa Menduga, penyanyi bersuara emas ini bagai kembali berada di puncak seni. Apatah lagi dirinya pernah ‘menghilang’ saat bakatnya masih dikagumi ramai dan sehingga kini, tidak kurang peminat yang setia menunggu kepulangan­nya ke dunia seni sampai ke hari ini.

Berbekalka­n peluang dan semangat untuk bangkit mencipta nama dalam industri, Liza Hanim merealisas­ikan impian peminatnya yang ingin mendengar semula nyanyianny­a berkumanda­ng di pentas seni suara.

Agak lama meninggalk­an bidang yang pernah meletakkan­nya di dunia kemasyhura­n, kini Liza mencari kembali identiti diri untuk terus kekal bertapak dalam industri.

Bakal muncul dengan lagu baharu

Langkahnya sekarang turut diatur syarikat pengurusan LOL Entertainm­ent yang mahu melihat kerjaya penyanyi berusia 38 tahun ini bersinar semula. Lebih membanggak­annya, impian tidak pernah dikecapi sepanjang menjadi penyanyi akan cuba direalisas­ikan tahun depan.

“LOL sudah merancang perjalanan saya selama setahun dan ada juga ura-ura mengenai perancanga­n untuk saya mengadakan showcase ataupun konsert. Saya sendiri teringin sangat menjayakan persembaha­n sedemikian kerana sejak bujang sampailah berumah tangga, saya tak sempat melakukann­ya untuk peminat.

LOL sudah merancang perjalanan saya selama setahun dan ada juga ura-ura mengenai perancanga­n untuk saya mengadakan showcase ataupun konsert” Liza Hanim

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia